View: 3489|Reply: 12
|
[Dunia]
ICU penuh, pesakit Covid-19 akhirnya meninggal di klinik
[Copy link]
|
|
ICU penuh, pesakit Covid-19 akhirnya meninggal di klinik
https://www.malaysiakini.com/news/559972
Diterbitkan 22 Jan 2021, 9:15 am
GLOBAL | Gara-gara kes Covid-19 yang tinggi dan tiada katil tersedia di unit rawatan rapi (ICU) mana-mana hospital, salah seorang penderita wabak itu meninggal dunia selepas dua hari menunggu di klinik kesihatan.
Menurut media pesakit lelaki itu asalnya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Tangerang Selatan di Banten.
Memetik kenyataan sukarelawan setempat Tribunnews melaporkan pesakit lelaki itu memang berada dalam keadaan tenat semasa ditempatkan di klinik kesihatan tersebut.
Sukarelawan itu berkata sebanyak 75 hospital di sekitar Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi dihubungi bagi mencari tempat kosong dalam ICU masing-masing namun gagal.
"Ketika kami sibuk mencari tempat dalam ICU untuk pesakit terbabit, dia menghembus nafas terakhir di klinik kesihatan Tangerang Selatan," katanya.
Bagaimanapun identiti dan asal pesakit itu tidak didedahkan dengan lebih lanjut atas permintaan keluarga mangsa.
Menurut sukarelawan itu lelaki terbabit mengalami masalah pernafasan dan kekurangan oksigen sewaktu dibawa ke klinik kesihatan berhampiran kediamannya.
Sementara itu Kompas melaporkan isu kekurangan tempat dalam ICU memang dialami secara meluas dan ia turut menjejaskan pesakit yang bukan dijangkiti Covid-19.
Minggu lalu seorang wanita pesakit kanser turut meninggal dunia selepas keluarganya gagal mendapatkan ruang untuk rawatan ICU di hospital di kawasan Jakarta Timur.
Setakat pagi ini lebih 951,000 orang di seluruh Indonesia dijangkiti Covid-19. Daripada jumlah itu 27,200 orang meninggal dunia disebabkan wabak berkenaan.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ingat ke kat msia, nanti tt kne la letak tajuk berita dr seberang ke..anyway byk gak hospital kat jakarta dkt 75 bijik tu pun da penuh..giler |
|
|
|
|
|
|
|
Kes kita pun beribu ribu. Tak mustahil kita menuju ke arah ni jugak. Staffs kkm pun ramai dah positif.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga beliau. Sebelum wabak melanda pun mereka dah ada masaalah kemudahan kesihatan tak hairan bila wabak melanda keadaan jadi lebih teruk. |
|
|
|
|
|
|
|
manusia kt jakarta tu ramai sistur
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Ingatkan di malaysia tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la ingat kat msia . Apapun takziah pada keluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
Cobid not real kata pro konspirasi, antivax, pro choice, homebirth, alami dula |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia in the next few months |
|
|
|
|
|
|
|
Harap,malaysia xsmpai thap mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
Igt kat malaysia td
Dah la smlm 18 org dah arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia masih berangan lagi tu. Masih buat2 gelabah. Nak tunggu 4feb. Covid kan boleh tunggu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|