View: 3911|Reply: 19
|
Siapa Ahli Politik Buat Sendiri Dan Edar Dadah?
[Copy link]
|
|
Kegiatan seorang ahli politik terlibat dalam pengedaran dadah terbongkar selepas dia ditahan apabila disyaki memiliki dan mengedar dadah jenis cecair ketamin di Fraser Business Park, Pudu, Kelmarin.
Penahanan suspek berusia 35 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira pukul 1.45 petang.
Gambar hiasan
Turut ditahan iaitu isterinya berusia 34 tahun dan pembantu rumah warga Filipina.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi Utusan Malaysia, mengesahkan penahanan itu. Kata beliau, suspek ditahan selepas dikesan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan polis menemukan bungkusan putih tertera logo sebuah syarikat penghantaran barang yang mengandungi cecair disyaki dadah ketamin dianggarkan seberat 400 milileter (ml).
“Susulan soal siasat ke atasnya, satu serbuan dilakukan di sebuah unit kediaman di Jalan Duta Suria 8, Ampang, kira-kira pukul 7.30 petang hari yang sama sehingga membawa kepada penemuan sejumlah lagi dadah,” katanya.
Mengulas lanjut, kata Saiful Azly, dadah yang ditemukan di kediaman ahli politik berkenaan terdiri sembilan batang pokok ganja dianggarkan bernilai RM4,500, daun kering disyaki ganja dianggar bernilai RM3,000 serta cecair dadah disyaki ketamin dan THC yang dianggar bernilai RM53,100.
“Difahamkan suspek menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran ganja dan ketamin sebelum menjualnya pada harga RM300 sebotol.
“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Januari ini, manakala isteri dan pembantu rumah mereka direman di Mahkamah Ampang,” jelasnya.
Sumber: UTUSAN ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah ahli politik yang dimaksudkan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kejap je tu. nanti lepas semula. org politik paling xblh percaya kt malaysia selepas tengku jalal |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat2 rumah pasah sandah dgn dato badminton tu. Siapa ahli politik ni. Muda 35 umo |
|
|
|
|
|
|
|
Bilis2 aktif join politik pun ahli politik jg kn |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli biro Armada ditangkap atas dakwaan miliki ganja dalam jumlah besar
Hariz Mohd
22 Jan 2021, 3:34 pm
Dikemaskini 14 jam lepas
2
A
+
A
-
Seorang ahli sebuah biro dalam Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.
Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.
Bercakap dengan Malaysiakini, dia berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.
Dia berkata polis bertindak setelah menerima maklumat dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.
Kredit to Malaysiakini |
|
|
|
|
|
|
|
Nah. Dkt thread lg satu pun aku dah taruk gambar ni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Amboi x cukup duit ke dek sampai dadih pon ko jual..memalukan parti bunga je tau...letih abah berdoa siang malam untuk raykat,ko rosakkan dgn jual dadih kat raykat..mohon mereput dlm tirai besi |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 23-1-2021 08:37 AM
Nah. Dkt thread lg satu pun aku dah taruk gambar ni
Alahai, muka nya pon tak selari dgan kegiatan... adehh |
|
|
|
|
|
|
|
nanti keluar laa tu statement dia kena setup.....org cemburu dgn kejayaan politik dia .....org saje nak perkena parti abah..... |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 23-1-2021 08:47 AM
Amboi x cukup duit ke dek sampai dadih pon ko jual..memalukan parti bunga je tau...letih abah berdoa ...
Segalanya sbb duit...bayang sebotol rm300..dia jual 10 000 botol?dadah for duit..politkk for power |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 23-1-2021 08:51 AM
Alahai, muka nya pon tak selari dgan kegiatan... adehh
Hahahahahaha slalu kalau dlm movie muka camni tak layak watak jual dadih |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 23-1-2021 08:37 AM
Nah. Dkt thread lg satu pun aku dah taruk gambar ni
Aku pun diberitahu dia ni. Anak Asmuni Awi orang Umno kah? Dia pun stok Umno gak |
|
|
|
|
|
|
|
masyaAllah
ummah lgbt kah ini?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|