Israel telah berjaya mencetak daging alternatif (alt-meat) menggunakan pencetak 3D, bermula dari proses pembiakan sel. Daging ini mempunyai kualiti, rasa & tekstur yang sama dengan daging sebenar. Dalam masa 1 jam, pencetak 3D ini mampu menghasilkan ribuan unit daging.
Daging ini boleh dimakan dan telah masuk ke restoran-restoran di Israel pada tahun ini dan akan masuk ke pasaraya di sana pada tahun 2022. Tujuan teknologi ini dibangunkan ialah untuk hasilkan lebih banyak makanan tanpa perlu sembelih lebih banyak haiwan.
Berdasarkan artikel, ada beberapa kelebihan dengan teknologi ini;
1. Kurangkan kos penternakan haiwan (tak perlu ternak banyak haiwan kerana daging dapat hasilkan dalam banyak unit melalui haiwan yang ada).
2. Dapat menjaga kualiti keselamatan daging itu dengan lebih baik.
3. Boleh dapatkan daging dalam masa yang singkat berbanding menternak haiwan sebenar yang makan tahun baru boleh disembelih, itu pun tidak dapat dalam kuantiti yang banyak seperti yang dilakukan oleh mesin pencetak 3D ini.
4. Paling bagus sebenarnya, kualiti daging ini dijaga dengan baik. Nutirisi yang baik diambil, yang tidak baik dibuang seperti kolestrol berlebihan, patogen dan sebagainya.
Penghasilkan ini menjadikan daging ini lebih selamat dan sihat berbanding daging konvensional.
Berdasarkan kertas kajian ini, kalau sel kultur daging diambil daripada haiwan disembelih, maka halal. Kalau tak disembelih, tidak halal hukumnya.
Amnya, kalau pencetak 3D guna sel kultur haiwan disembelih, maka halal.
Rupanya, berdasarkan artikel yang saya pautkan di atas, ada dua syarikat Israel berbeza cetak daging berbeza.
Redefine Meat — cetak daging berasaskan tumbuan (plant-based meat). Tetapi rasa macam daging.
MeaTech — cetak daging berasaskan sel kultur yang diambil dari haiwan.
Post time 24-1-2021 12:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
angelofish replied at 24-1-2021 12:22 AM
halal tu ikut kosher ke ikut islam?
Most probably kosher.
Hukum makan daging kosher adalah halal. Ini kerana:
1. Rasullullah makan daging sembelihan orang2 yahudi.
2. Mereka lagi strict dalam bab sembelihan berbanding Islam. Kalau xsilap setitik darah pun xboleh ada dalam daging sebelum boleh diproses.
Post time 24-1-2021 02:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Punya lah canggih buat daging manusia tapi vaksin covid ni mcm dimonopoli.
Benda ni isu dunia kenapa tak guna gov to gov research? Takkan takde dalam gov negara luar seperti ahmad maslan phd pisang goreng? Patut lantik yang ada phd dan buat satu komuniti cipta vaksin. Kos research di tanggung semua gov ikut nilai gdp atau pun jumlah penduduk
Vaksin dh mcm monopoli market seolah olah negara2 di kawal kapitalis korporat. Walaupun kaka tiada phd pisang goreng tapi sedikit sebanyak palatao
Post time 24-1-2021 06:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Boleh le cetak daging harimau menangis banyak2.. ntah2 mama tini dah beli Technology ni..tu yg kalut nak patent bagai.. ikutkan, bape kg je bahagian rimau menangis tu dalam seekor lembu..
Donia2..