CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 0

[SABAH] Maritim Semporna gagalkan aktiviti penyeludupan rokok

[Copy link]
Post time 24-1-2021 06:17 AM | Show all posts |Read mode

RAMPASAN : Rokok yang berjaya dirampas oleh pasukan Maritim Semporna


SEMPORNA : Pasukan Zon Maritim Semporna berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk rokok dalam satu serbuan di perairan Pulau Bum-Bum, di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, pasukan Maritim yang terlibat dalam Ops Sejahtera membuat pemantauan sebaik menerima maklumat risikan berhubung aktiviti tersebut.

Pengarah Maritim Zon Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pasukan keselamatan yang menggunakan bot peronda berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

"Suspek yang menyedari kehadiran pasukan keselamatan bertindak memecut laju ke kawasan perairan Pulau Bum-Bum bagi mengelak daripada ditahan dan diperiksa.

"Suspek juga turut bertindak nekad terjun ke dalam laut di kedudukan sekitar 0.9 batu nautika timur laut pulau tersebut dan berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan bakau berhampiran,"katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek, pasukan keselamatan berjaya menemui 172 karton rokok putih pelbagai jenama disyaki daripada negara jiran.

"Barang rampasan termasuk rokok dan bot laju yang dianggarkan bernilai RM19,680 itu dibawa ke pangkalan Maritim Semporna sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan bot yang digunakan penyeludup terbabit, suspek dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti ini untuk pasaran di tanah besar Semporna dan kawasan sekitarnya,"katanya.

Beliau berkata, kesalahan itu boleh dikenakan denda tidak kurang sepuluh kali ganda amaun duti kastam atau RM5,000 atau mana yang tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti Kastam atau RM100,000 atau mana amaun yang lebih besar atau dipenjarakan selama tiga tahun atau kedua-duanya.



Beliau berkata, Maritim Semporna terus meningkatkan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.

"Maritim Malaysia memandang serius aktiviti jenayah rentas sempadan dan aset-aset ronda sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi.

"Sebarang maklumat berkaitan jenayah di perairan boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,"katanya.


Hamzah Sanudin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.315048 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list