CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1171|Reply: 1

[SARAWAk] Dana perangi COVID-19 - RM81 juta

[Copy link]
Post time 19-1-2021 08:00 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini meluluskan peruntukan RM81 juta bagi memperkasakan usaha memerangi COVID-19 menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah (gambar) berkata dana diperuntukkan bagi Januari hingga Jun 2021 itu, merangkumi kos menubuhkan makmal ujian RT-PCR bagi COVID-19 di Kapit.

“Jabatan Kesihatan Bahagian Kapit kelmarin memohon agar Makmal RT-PCR ditubuhkan di Kapit memandangkan terdapat beberapa kes di daerah itu.

“Oleh kerana sampel yang diambil memerlukan masa yang lama, mereka memohon untuk menubuhkan sebuah makmal RT-PCR seperti apa yang kita buat di Limbang. Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) telah meluluskan peruntukan ini dengan menggunakan dana negeri Sarawak supaya Kapit boleh ada makmal RT-PCR,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi JPBNS berkata, kerajaan Sarawak sememangnya bersungguh-sungguh melaksanakan peranan dengan menyediakan dana dalam usaha membendung wabak COVID-19.

“Kita harap dengan dana ini kita dapat menyediakan kemudahan-kemudahan kuarantin, menubuhkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk menambahkan katil di  hospital dan makmal PCR.

“Dengan kata lain, kerajaan Sarawak memastikan JPBNS dibekalkan dengan segala keperluan supaya kita dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar bersama kerajaan memerangi COVID-19.

“Usaha ini tidak akan cukup walaupun kita  ada tambah tempat saringan, tempat PRC , hotel dan sebagainya. Untuk membolehkan kita berjaya, maka kerjasama daripada semua rakyat amat diperlukan.

“Semua yang kita lakukan ini adalah untuk kepentingan anda, keluarga anda dan seluruh rakyat Sarawak. Justeru, marilah kita sama-sama jaga Sarawak dengan menghentikan penularan COVID-19,” katanya.

Marlinda Mardzuki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 04:28 PM | Show all posts

[SARAWAK] Sarawak Terima Peruntukan RM21 Juta Tingkat Kapasiti Ujian Saringan CO


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian


Berita Harian

Mohd Roji Kawi
[email protected]

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerima peruntukan berjumlah RM21 juta daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menaik taraf fasiliti, peralatan serta makmal hospital kerajaan di negeri ini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, berkata dengan adanya peruntukan itu, Sarawak mampu menguji hingga 6,000 sampel sehari bagi mempercepatkan usaha Sarawak melandaikan lekuk jangkitan wabak berkenaan.

"Sebelum ini, kapasiti ujian COVID-19 di Sarawak adalah 2,500 sampel sehari," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi meningkatkan keupayaan ujian saringan COVID-19, Dr Sim berkata, Kerajaan Sarawak turut menyediakan peruntukan membantu pembiayaan makmal molekular kerajaan di Limbang dan Kapit.

"Dua hospital itu masing-masing menerima peruntukan RM1 juta daripada Kerajaan Sarawak," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga melakukan bidaan untuk membantu meningkatkan kapasiti ujian dengan menyediakan dana bagi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kampus Bandar, Pusat Perubatan Borneo (BMC) dan Gribbles Pathology Malaysia.

"Melalui kerjasama antara institusi kesihatan awam dengan swasta, Sarawak akan dapat menjalankan lebih 6,000 ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) sehari bagi saringan COVID-19," katanya.

Selain itu, beliau berkata, KKM menyalurkan peruntukan tambahan berjumlah RM36 juta bagi meningkatkan peralatan rawatan, termasuk penambahan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sibu, Bintulu, Miri serta Limbang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049404 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list