View: 22970|Reply: 145
|
"Papa Bagi Restu," -Anak Pendakwah Ridhuan Tee, Syafi Tee Jadi Pelakon
[Copy link]
|
|
Restu ayah menjadi pegangan Syafi Tee, 28, dalam mengharungi cabaran dunia seni.
Anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini beruntung kerana ayah yang dipanggil Papa, faham selok-belok dunia seni serta cabaran ditempuhi.
"apa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.
"apa sudah 'masak' dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga," katanya kepada BH Online.
Syafi yang digilap bakat melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menganggap cabaran dan ujian ada dalam setiap bidang pekerjaan.
"Cabaran dan ujian itu ada di mana-mana. Saya yang masih hijau ini kena sentiasa kuat.
"Semua nasihat Papa dan keluarga amat penting. Saya harap terus istiqamah dengan prinsip dan cara begini," kata anak kedua daripada enam beradik ini.
Antara pesanan Papa, kata Syafi, adalah soal menjaga batas bukan muhrim ketika berlakon.
Foto: IG
"Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik.
"apa selalu ingatkan perkara itu. Pulang ke rumah, Papa pasti tegur dan nasihat supaya saya tidak buat perkara bukan-bukan di set penggambaran," katanya.
Syafi berkata, jika tidak selesa dengan mana-mana adegan, dia berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain termasuk sudut kamera ketika penggambaran.
Tambah Syafi, dia tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak pendakwah terkenal sejak mula terjun ke dalam dunia seni.
Foto: IG
"Dalam kalangan kru dan pelakon, mereka tahu saya anak siapa. Saat mula perkenalkan diri, mereka sudah dapat mengagak," katanya.
Mengimbau perjalanan seninya, Syafi atau nama penuh, Mohd Syafi berkata, pada mulanya dia mahu mencari karier yang mempunyai waktu kerja anjal.
"Ketika itu, saya dalam proses menamatkan pengajian dalam bidang teknologi pembuatan di sebuah institusi pengajian tinggi.
"Jadi, saya cuba isi masa lapang dengan mencari kerja. Tidak terlintas menjadi pelakon dan penyertaan dalam DFKL 2019 membuka ruang saya," katanya.
Syafi mengaku seronok menimba pengalaman menjadi pelakon.
"Cuma sejak pandemik COVID-19 menular, kerja lakonan tertunda dan bersambung apabila keadaan terkawal.
"Ketika fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya sedang menjalani penggambaran drama Dear Cinta," katanya yang sempat menyertai misi bantuan banjir bersama Youth Care di Segamat, Johor, baru-baru ini.
Sejak dua tahun bergelar pelakon, Syafi membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Ironi Kasih, Tuan Danial, So Kampung, Tragedi Balik Kampung dan terbaru, Hadiah Dari Tuhan. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Musim anak setad setazah mendonia.. ade tak pecah ovari tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama sangat iols tak tengok drama melayu. Tak sedar kewujudan pelakon helokk camni |
|
|
|
|
|
|
|
Fuiyoo mcm korean, mak dia org melayu atau chinese juga? |
|
|
|
|
|
|
|
Suara dia..sebijik suara bam tah..hahah |
|
|
|
|
|
|
|
ok, akak approved. akak suka muka oriental mcm neh |
|
|
|
|
|
|
|
@Kurex .. Rasanya dah boleh tinggalkan zul ripin. Ada ni ha yang helok, muda lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Lahh anak ridhuan tee rupanya. Muka sepesen. Heols ni pandai gak berlakon tak kayu. Tgk dalam cite mimpi mona tu not bad jugak heshe. Harap maintain decent personality camni. Jgn jadi mcm hun haqeem sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo anak Ridhuan Tee rupanya...ada perasan muka baru dlm drama hadiah dr tuhan tp tak tau plak anak penceramah terkenal rupanya. Ensem jugaklah kejadiannya... |
|
|
|
|
|
|
|
oooo dah tua gak eh 28.. ingatkan umur saing2 hero remaja.. 25 ke bawah.. |
|
|
|
|
|
|
|
bau2 gb tu kuat berdasarkan insta yg die follow hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Owhhh anak ridhuan tee rupanya...tiba2 muncul igt dr hero remaja.ada jgk trtengok kt tv3.cite apa tah |
|
|
|
|
|
|
|
dia berlakon dgn sweet qismina & fattah tu . confuse dgr suara dia dgn fattah mcm lebih krg je |
|
|
|
|
|
|
|
Ferr_Remy replied at 25-1-2021 01:12 PM
bau2 gb tu kuat berdasarkan insta yg die follow hahaha
Ye ke mader? Iolss rasakam dia lurus sajorrr. Liverpool pun dia follow |
|
|
|
|
|
|
|
mgkin xkan jadi cm hun hunk tu kot sbab apak dia da bagi warning awal2 tu jgan burukkan nama keluarga..lagi la apak dia ni public figure..btw herloknyehhh la mamat ni xberlakon kayu cm bamtah mse citer pink smile tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Korean look...bakal di puja oleh malaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|