CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 3

Tutup Ekonomi: Lebih Ramai 'Mati' Akibat Kemiskinan Berbanding Covid-19 - CME

[Copy link]
Post time 25-1-2021 03:56 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan untuk menutup sepenuhnya aktiviti ekonomi sekiranya kes COVID-19 di negara ini gagal dikawal hanya akan memusnahkan ekonomi, kata Pusat bagi Pendidikan Pasaran (CME).


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CME Dr Carmelo Ferlito, bukti saintifik juga menunjukkan penutupan ekonomi tidak berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.


"Daripada perspektif ekonomi, keputusan menutup sepenuhnya ekonomi termasuk sektor pembuatan, hanya dipandu oleh pemahaman lemah tentang bagaimana ekonomi berfungsi.


"Sebenarnya ekonomi tidak boleh dibahagikan mengikut sektor persendirian; sebaliknya, ia satu sambungan rangkaian yang rumit.


"Sebagai contoh, jika anda benarkan ladang ternakan ayam beroperasi tetapi anda menutup pembuatan dan pengangkutan, maka anda tidak membenarkan ayam itu di sembelih, dibungkus dan dibawa ke pasar raya.


"Secara keseluruhan anda benarkan produk itu dihasilkan tetapi tidak membenarkan pengguna menikmatinya.


"Lupakan idea penutupan ekonomi sepenuhya yang mana tidak bermanfaat dari perspektif saintifik dan hanya akan membawa kepada peningkatan paras kemiskinan Malaysia, selain jumlah orang ramai yang 'mati' akibat kemiskinan lebih tinggi berbanding COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ferlito berkata analisis data yang lebih baik serta komunikasi untuk membolehkan orang ramai membuat penilaian risiko yang tepat serta mengorentasikan tingkah laku mereka, adalah langkah lebih efektif dalam melawan pandamik itu.


"Strategi analisis data seperti ini belum wujud di Malaysia," katanya.


Ferlito berkata Malaysia juga perlu belajar untuk hidup bersama virus itu.


"Masalah sebenar bukan untuk mengelak jangkitan sebaliknya fokus kepada pencegahan dan rawatan yang boleh mengurangkan, meminimumkan dan akhirnya mengurangkan kadar kematian (yang sedia ada rendah di Malaysia)," katanya.


Beliau turut menyelar strategi dasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikatakan tidak lancar sehingga menyebabkan komuniti pelabur berasa gusar.


Ini diburukkan lagi dengan senario politik yang beliau anggap mengelirukan dewasa ini.






Sumber : AstroAwani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 05:03 PM | Show all posts
baik mati miskin dari mati kerna kibod

- acikgomen -
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya sebelum tutup ekonomi, kena bagi bantuan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:00 PM | Show all posts
Pakcik kat kg pun buleh pikiaq... tak payah tunggu pusat penyelidik ke hulu ke hilir... yang suka PKP ni sebab tak terjejas...

Jatuh miskin kalo pakat2 mati takpa... perot dah lapaq... yg suka PKP pun bakal jadi mangsa nanti bila system sosial masyarakat dah runtuh... elok2 c19 yang mati tak sampai 1% pun.. dek kerna terlalu paranoid ... jadi lebih buruk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039429 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list