CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1561|Reply: 9

Wanita 85 Tahun Kembali 'Ketuk Pintu' Rumah Jagaan Selepas 10 Hari Diisytihar Ma

[Copy link]
Post time 25-1-2021 10:46 PM | Show all posts |Read mode





MADRID: Seorang wanita berusia 85 tahun yang sebelum ini dikatakan sudah meninggal dunia akibat COVID-19 mengejutkan ahli keluarga dan sanak saudaranya apabila dia kembali semula ke rumah jagaan orang tua yang didiaminya, lapor Reuters.


Khabar itu sangat tidak disangka, memandangkan seluruh ahli keluarga Rogelia Blanco telahpun difahamkan bahawa wanita itu telah selamat dikebumi.


Mereka telah diberitahu pihak hospital bahawa wanita itu meninggal dunia akibat COVID-19 pada 13 Januari lalu dan dikebumi pada keesokan harinya, lapor akhbar tempatan La Voz de Galicia. Disebabkan protokol yang ditetapkan pemerintah, mereka semua tidak boleh menghadiri upacara pengebumian itu.


Namun, semua salah faham itu terjadi akibat kesilapan pada daftar nama pesakit.


Kekecohan tercetus apabila Rogelia yang sudah sihat kembali mengetuk pintu rumah jagaan warga emas di Xove, utara Sepanyol, yang juga menjadi tempat istirahat suaminya, Ramon Blanco.


Ramon dilaporkan sangat teruja melihat isterinya kembali, mujur tanpa sebarang episod kejutan melampau yang menjejaskan kesihatan dirinya!


“Sukar untuk saya percaya semua ini. Puas saya menangis atas ‘kehilangan’ isteri saya,” ujar Ramon yang akhirnya mendapat tahu bahawa rakan sebilik Rogelia yang sebenarnya telah meninggal dunia.


Yayasan San Rosendo, yang menguruskan rumah jagaan itu menjelaskan, salah faham itu terjadi apabila Rogelia dan seorang lagi residen yang disahkan positif COVID-19 dipindahkan ke pusat rawatan lain pada akhir Disember lalu.


"Dua wanita itu tinggal sebilik sewaktu menerima rawatan, dan salah seorang daripadanya telah menghembuskan nafas terakhir. Namun, kesilapan proses pendaftaran sewaktu pemindahan itu yang menyebabkan pertukaran identiti,” jelas wakil yayasan itu.


Yayasan itu memohon maaf dan kesal atas kesilapan tersebut, serta menyifatkan insiden itu suatu yang tidak pernah terjadi.


Setelah insiden berkenaan, pihak mahkamah sudah dimaklumkan tentang perkara itu dan pengisytiharan kematian Rogelia diperbetulkan semula.






Sumber : AstroAwani

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takajut iols
Ingat cam ketuk pintu kat mwsia ni ha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:21 PM | Show all posts
MasyaAllah

tak sangka kisah-kisah mastika juga wujud di negara maju seperti Sepanyol

semoga wanita 85 tahun itu dipanjangkan usianya

Amin
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
OMG jgn la berulang kesilapan mcm nih..{:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 09:24 AM | Show all posts
Umur masih panjang
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 org lain yg ketuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 12:13 PM | Show all posts
Sebab tu kena periksa betul2 nama siapa, kan tak pasal2 orang yang masih hidup dikatakan dah meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:28 PM | Show all posts
dapat kat perkampungan yg percaya mistik melampau, ditembak nya acik rogelia tu

sorry byk sgt tgk cite horror
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 12:49 PM | Show all posts
Churchill replied at 25-1-2021 11:21 PM
MasyaAllah

tak sangka kisah-kisah mastika juga wujud di negara maju seperti Sepanyol

tpi mentaliti orang kampung di malaya ni selalu befikiran sebegitu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:55 PM | Show all posts
AppropriateNick replied at 26-1-2021 12:49 PM
tpi mentaliti orang kampung di malaya ni selalu befikiran sebegitu kan?

masyaAllah
sebelum mahu menyindir mentaliti orang kampung di Malaya atau mana-mana negara yang tidak semaju Sepanyol

tahukah saudara bahawa di Amerika Syarikat dan Britain tempat churchill selalu lawat bagi tujuan kerja mendapati ramai warga-warga mereka yang bodoh-bodoh belaka malah lagi bodoh daripada forumer-forumer yang suka mengarut dalam forum ini.

sungguhpun kelajuan internet di sana sangatlah tinggi

tetapi tahap pemikiran dan pengetahuan mereka tidak setanding dengan pelajar-pelajar lepasan SPM dari Malaysia

mereka tidak mampu membezakan Arab dan Islam, lingerie dan bikini, lelaki dan perempuan, dubur dan faraj, Asia dan China, Jepun dan Korea aurora dan graviti.

mungkin saudara kena banyak keluar duit melancong ke eropah dan Amerika

baru saudara tahu betapa hebatnya bangsa orang Malaya di sini. Anak-anak kita mendapat pendidikan yang sangat baik sehingga lebih pandai daripada anak-anak bangsa Amerika dan Eropah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
Filem Filem Hebat Karya Pengarah Woody Allen
mat_arofFilem Filem Hebat Karya Pengarah Woody A
Views : 10545 Replies : 33
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 18723 Replies : 31
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282688 Replies : 8340
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2266 Replies : 18
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64501 Replies : 396
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 41684 Replies : 147
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 2929 Replies : 0
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.078641 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list