CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 9

Scammer makan besar. Wang wasiat RM2.08 juta lesap ditipu scammer menyamar polis

[Copy link]
Post time 25-1-2021 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Wang tinggalan wasiat RM2.08j lebur ditipu ‘datuk polis’
    Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
    25 Januari 2021, 9:31 pm

MELAKA: Seorang wanita berputih mata selepas wang wasiat tinggalan keluarganya termasuk wang simpanan bernilai RM2.08 juta miliknya lebur akibat terpedaya dengan seorang individu menyamar polis kononnya berpangkat datuk, awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden E. Sundra Rajan berkata, kejadian berlaku selepas mangsa, seorang suri rumah yang berusia 49 tahun dihubungi individu tidak dikenali pada 10 Januari lalu.

Katanya, pemanggil memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan memaklumkan mangsa kononnya terlibat dengan aktiviti penjualan dadah serta penggubahan wang haram.

“Suspek juga telah menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp wanita berkenaan menunjukkan waran tangkap dan surat pembekuan aset miliknya.

“Mangsa yang ketakutan telah memberikan butiran akaun bank dan nombor kata laluan sekali guna (OTP) kepada suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ujar Sundra Rajan, mangsa yang mula curiga kemudiannya telah merujuk perkara tersebut kepada pihak bank dan dimaklumkan terdapat 164 kali transaksi pindahan wang dilakukan melalui kaedah DuitNow dalam perbankan internet berjumlah RM2,082,736.91 kepada 16 akaun berbeza.

“Mangsa yang menyedari telah ditipu kemudian membuat laporan polis dan menyatakan bahawa kesemua wang yang dipindahkan merupakan wang simpanannya dan wang wasiat peninggalan keluarga.

“Hasil semakan pihak polis mendapati nombor telefon 014-7410772 yang digunakan suspek terlibat dengan 13 laporan lain menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Ujarnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan individu yang menyamar sebagai pihak polis atau sebagainya.

“Orang ramai boleh menyemak melalui laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi ‘Check Scammers CCID di aplikasi Playstore supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 10:25 PM | Show all posts
MasyaAllah

Sudahlah menyamar

Mengaku ada pangkat Datuk pula.

Datuk Jackie Chan kah?

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:10 PM | Show all posts
Scammer nih mmg tau pompuan tuh byk duit dlm bank nih🤬
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 09:28 AM | Show all posts
Nak tanya, melalui no akaun yang dipindahkan, pihak polis boleh kesan pemilik akaun tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 09:36 AM | Show all posts

Tertipu Dengan Polis Berpangkat Datuk , RM2 Juta Lesap!

Melaka: Wanita berusia 49 tahun 'berputih mata' selepas simpanan dan wang peninggalan keluarganya berjumlah RM2 juta lesap akibat terpedaya dengan sindiket Macau Scam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, suri rumah itu dihubungi individu yang menyamar sebagai pegawai polis berstatus 'Datuk' dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mendakwa mangsa terbabit aktiviti penjualan dadah dan pengubahan wang haram.


Menurutnya, mangsa menerima pesanan melalui WhatsApp yang menunjukkan waran tangkap dan surat pembekuan aset pada 10 Januari lalu.


"Suspek mengarahkan mangsa memberikan butiran akaun bank kononnya untuk siasatan. Mangsa yang ketakutan memberikan butiran akaun bank dan nombor OTP enam digit kepada suspek.


"Bagaimanapun mangsa yang mula curiga kemudiannya merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank dan dimaklumkan terdapat 164 kali transaksi pindahan wang dilakukan melalui aplikasi DuitNow berjumlah RM2,082,736.91 kepada 16 akaun berbeza," katanya.




Gambar Hiasan, Kredit: haulixdaily.com




Beliau berkata, mangsa menyatakan semua wang yang dipindahkan itu adalah simpanannya dan peninggalan keluarga sebelum membuat laporan polis.


Menurutnya, hasil semakan, polis mendapati nombor telefon yang digunakan suspek terbabit dengan 13 laporan polis menggunakan modus operandi sama.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu.


"olis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan individu yang menyamar sebagai polis atau sebagainya.


"Orang ramai boleh menyemak nombor telefon atau nombor akaun mencurigakan melalui laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau aplikasi Check Scammers CCID supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya polis pun scammer lah ayo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cisss...bank tak perasan ka kekerapan pengeluaran yg mencurigakan...akaun yg berjuta2 nie tak ada ker safety measurement...mcm if kaka tulis cheque lebih rm10k...bank call boss utk confirm kan cheque tu...mmg betui aaa...macau scam nie melibatkan org2 dlm jugak...mana depa tau pompuan tu ada rm2 juta...laknatullah utk scammers, keluarga dan keturunan mereka..
amin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:35 PM | Show all posts
2juta kooooooooooooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit haram jgk kot..tuh yg gelabah pek gi bg no pin bagaii
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank dalam Malaysia perlu diteliti tatacara dan SOP. Kita nak guna stail lama.....pakai buku dan guna over the counter services.......masing2 bank akan tunjuk ATM. Tapi ATM and online banking paling tak selamat.  Last2 customer juga yang salah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.107950 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list