View: 3456|Reply: 14
|
Keira Knightley Dah Tak Nak Lakukan Adegan Seks
[Copy link]
|
|
Keira Knightley mengatakan tidak pernah membantah adegan bogel atau seks dalam sesebuah karya.
Namun, sebagai aktres, dia mengatakan tidak lagi akan melakukan adegan sedemikian jika filem lakonannya diarahkan sutradara lelaki.
Kredit foto: IG
Malah, Keira mengatakan klausa atau peraturan dalam kontrak kerjayanya juga telah diubah dengan'tidak melakukan adegan seks'.
Sewaktu muncul menjadi tetamu di podcast Chanel Connects, dia mengatakan alasannya berbuat demikian.
Kata bintang berusia 35 tahun itu, dia menolak melakukan adegan seks yang diarahkan sutradara lelaki kerana telah memegang status ibu kepada dua anak perempuan hasil dari dua perkahwinannya.
"Jika saya perlu atau akan terbabit dengan sebuah karya berkaitan kehidupan seorang ibu atau perlu ada adegan untuk saya berbogel atau seks, maaf, saya hanya akan melakukannya di bawah arahan pengarah wanita," katanya seperti dilaporkan CNN.
Bintang yang melonjak naik menerusi filem Pirates of the Caribbean ini kemudian menambah dia tidak akan terbabit dengan naskhah yang mempunyai adegan seks yang menimbulkan keghairahan.
"Saya tidak lagi akan melakukan babak seks yang mengghairahkan. Saya tidak berminat," katanya.
Meski demikian, Keira mengatakan dia memahami keperluan adegan seks dalam sesebuah naskhah.
"Saya sedar betapa adegan seks akan menjadikan filem lebih cantik', namun pandangan saya secara umum sebenarnya mereka hanya memerlukan seseorang yang kelihatan hot.
"Jadi, saya fikir sebagai ibu dua anak, saya tak sanggup melakukan adegan sedemikian lagi.
"Saya tak rela berbogel di hadapan sekumpulan lelaki dan merakamkan saya. Anda boleh memilih orang lain melakukannya," ujarnya.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat utk pengarah lelaki je tak buat, tak payah bagi statement la kiera.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla Kiera berenti..kasi can org muda pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh kalo pengarah pompuan ko kata boleh pulekkkk.. apa beza nya? |
|
|
|
|
|
|
|
"kerana telah memegang status ibu kepada dua anak perempuan hasil dari dua perkahwinannya."
Keira dua kali kawen? Yg tau sekali je. Betul ke fakta ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Nadia Brian kot yang dipilih menggantikan watak Keira ni, tapi sheols pun menolak jugak kan |
|
|
|
|
|
|
|
sheols ni kerempeng jah..tk mengiurkan
dah ada 2 ank ke sheols...bila kawin beranak nya |
|
|
|
|
|
|
|
kasut lakinya tu pinjam kasut keira ke? Lain mcm pulak designya macam kasut vintage kulit iol je kikikiki tapi yang dia pakai mcm jelly rubber type |
|
|
|
|
|
|
|
234126 replied at 26-1-2021 11:47 PM
kasut lakinya tu pinjam kasut keira ke? Lain mcm pulak designya macam kasut vintage kulit iol je kik ...
Tak memasal scroll atas balik. Tu kn kasut jelly hahahahaha lawak nye laki dia pkai |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha iols pun nak komen benda yg sama juga
|
|
|
|
|
|
|
|
immaryjane replied at 29-1-2021 09:01 PM
Tak memasal scroll atas balik. Tu kn kasut jelly hahahahaha lawak nye laki dia pkai
pelik kan? dah ikat rambut pulak mcm tu. Kuikuikui |
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish replied at 30-1-2021 09:06 AM
hahaha iols pun nak komen benda yg sama juga
hahahhaa sharp juga mata kita nohh |
|
|
|
|
|
|
|
cyber_mania replied at 26-1-2021 02:51 PM
"kerana telah memegang status ibu kepada dua anak perempuan hasil dari dua perkahwinannya."
Keira ...
Kannnnn...memandai je yg tulis artikel ni..dedua anak tu dengan suami skrg yakni the only husband sejak dulu la..sapa la penulis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haah la..kasut dia mcm feminin punyaaa design jaaa |
|
|
|
|
|
|
|
tak di rakam dgn pengarah laki , tapo di rakam pengarah pompuan dia ok ..
tapi tayangan bukan pompuan je yg tgk
satu dunia tgk ...
ada beza kahh ?
baik ko x yah buat adegan terus x leh ker ?
ohh lupaa , nanti filem x cantik .. katanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|