|
Berang apabila mengetahui kekasihnya diganggu, lelaki nekad membunuh seorang penjaga kafe.
TribunNews melaporkan, perbuatan suspek terbongkar apabila keluarga menggali semula kubur dan melakukan bedah siasat jenazah mangsa.
Hasil bedah siasat mendapati Mako Abrianto Kartika Yudha, 20, membunuh Ananda Putra Wiyanto, 18, dengan sepana.
Gambar hiasan
Ketua Polis Mojokerto, AKBP Dony Alexander menjelaskan kes itu terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mangsa yang curiga dengan kematian anak mereka.
Pihaknya kemudian menggali semula kubur Ananda dan hasil bedah siasat mendapati remaja itu meninggal dunia akibat dipukul dengan benda tumpul di kepala.
Tambahnya, berikutan itu, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai rakan suspek.
"Siasatan terhadap rakan suspek masih dijalankan kerana dia dipercayai terbabit sama memukul mangsa," katanya.
Kata Dony, kejadian dipercayai berlaku selepas kekasih suspek mengadu diganggu mangsa di rumah majikannya.
Dia yang naik hantu bersama rakannya menghampiri mangsa yang berada di rumah pemilik kafe berkenaan sebelum memukulnya dengan sepana pada bahagian kepala sebanyak tiga kali. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|