CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3629|Reply: 20

Doktor Jawab Soalan 'Tak Ada Kerja Ke Selalu Kongsi Video Di TikTok?'

[Copy link]
Post time 26-1-2021 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Jika suatu masa lalu aplikasi TikTok sering menerima tanggapan negatif, kini segalanya bagaikan sudah berubah.


Malah, kebanjiran golongan profesional dan akademik yang berkongsi kepakaran masing-masing menerusi video pendek turut menjadikan TikTok sebagai satu medium bermanfaat buat anggota masyarakat.




Kredit foto: TikTok




Tidak terkecuali, seorang doktordi Kedah turut menjadikan aplikasi berkenaan sebagai platform untuknya merungkai segala persoalan kesihatan netizen sehingga meraih lebih 133,000 pengikut.


Bercakap kepada mStar, Dr Amir Aqram Azizi, 33, mendedahkan mula berjinak-jinak dengan aplikasi itu pada pertengahan tahun lalu.

"Sebenarnya saya muat turun aplikasi ini secara suka-suka sahaja. Pada waktu itu saya lihat doktor dari luar negara banyak membuat perkongsian di TikTok.

"Saya nak menulis tak ada masa. Saya lihat ia sangat mudah di TikTok, video pendek sahaja. Bila saya mula berkongsi, ada kawan yang tanya... boleh ke buat macam ni?

"Saya kata ia sama sahaja sebagaimana perkongsian penulisan di Facebook, cuma yang ini dalam bentuk video pendek," ujarnya.








Mesra disapa Dr Amir, dia mendedahkan dihujani pelbagai soalan berkaitan kesihatan daripada netizen sehingga tidak menang tangan untuk memberi jawapan.

"Saya memang tak dapat nak jawab semua. Ada orang tanya, saya ni tak ada kerja ke? Sebenarnya saya habiskan seminit sahaja untuk satu video.

"Memang tak dapat nak jawab semua. Saya juga gembira lihat doktor lain turut membuat perkongsian ilmu di TikTok.

"Saya punya interest banyak berkaitan kulit. Sebab saya sendiri pun alami masalah kulit wajah waktu belajar dulu.

"Topik ini kena dengan golongan remaja. Tapi masa awal-awal dulu, saya berkongsi mengenai topik untuk meningkatkan peluang mendapatkan cahaya mata.

"Selain golongan dewasa yang dah kahwin, remaja pun ramai di TikTok saya. Pada masa sama saya selit juga mengenai isu kesihatan mental," ujarnya yang berpengalaman sembilan tahun dalam bidang perubatan dan kesihatan.








Mengulas aplikasi itu, Dr Amir berkata, dia melihat perubahan drastik sejak tahun lalu yang mana banyak kandungan ilmiah mula dikongsi menerusi TikTok.

"Kita cuba didik masyarakat dengan fakta yang tepat. Didik mereka apa yang betul dan apa yang salah. Saya tengok perkembangan di TikTok sangat drastik.

"Saya juga lihat ramai pakar lain buat perkongsian. Jadi semakin ramai yang akan dapat manfaat," ujarnya lagi.




Sumber: mStar

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas kena tipu dgn doktor dekat melaka tu, aku persetankan je doktor2 gay mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 02:12 PM | Show all posts
panjang jawab doktor yang hanya ambil 1 minit untuk buat video tik tok yang kononnya memberi maklumat kesihatan kepada penonton

buat video tik tok ni masuk elaun barisan hadapan juga kah?

prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 02:33 PM | Show all posts
Kurex replied at 26-1-2021 01:42 PM
Lepas kena tipu dgn doktor dekat melaka tu, aku persetankan je doktor2 gay mcm ni

hang kena tipu ka?
tipu psl apa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:00 PM | Show all posts
hujung2 claim sekadar hiburan sbab stres jadi frontliner..iyolahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor tahulah bahagian masa dia, kan????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 04:09 PM | Show all posts
Edited by giyomi at 26-1-2021 04:12 PM
Kurex replied at 26-1-2021 01:42 PM
Lepas kena tipu dgn doktor dekat melaka tu, aku persetankan je doktor2 gay mcm ni

hahahahahahahahaha....oppsss sory tergelak besar. kesian ko nyah ditipu doktor.
klu betul2 nak kongsi ilmu takper jgn sekadar nempel tuk raih publisiti dah lar ek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Churchill replied at 26-1-2021 02:12 PM
panjang jawab doktor yang hanya ambil 1 minit untuk buat video tik tok yang kononnya memberi makluma ...

Kannn kanda maideen.. mcm lebih seminit jah.. lainla kande.. tadak kije.. koh koh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex: Lepas kena tipu dgn doktor dekat melaka tu, aku persetankan je doktor2 gay mcm ni


Doktor ni bagus kurex..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 04:44 PM | Show all posts
ni salah satu apps yang xde kat phne aku...ada kah di sbbkan factor usia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:11 PM | Show all posts
Tak sempat aku nak layan bahagian ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dah femes jual produk merepek.

Btw shekh mojapar iya iya jual krim lutut. Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah, pernah dulu masa awal2 covid di Italy, kami buat study soal jawap dgn doktor2 diorang. Tanya kalau2 ganggu masa x buat interview bagai ni semua. Depa cakap "asal bukan cerita pasal covid, apa2 pun derang sanggup".

Doktor manusia, mereka buat silap. Mereka nak hiburan.

Kalau nak saman, saman hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelinya tgk muka Dr ni. Muka mcm gini, aku tak kawin Dr pun takpe aihhh. Batak TikTok plk tu. Low class Dr
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 26-1-2021 04:44 PM
ni salah satu apps yang xde kat phne aku...ada kah di sbbkan factor usia...

Ai dah download
Sebb nk tgok guru pdpr kat tik tok
Bertahanla sehari appa tu
Ai sejenis suka baca
Berbanding dengar dan menonton
Mungkin jg faktor usia
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 11:48 AM | Show all posts
GigaMom replied at 27-1-2021 01:59 AM
Ai dah download
Sebb nk tgok guru pdpr kat tik tok
Bertahanla sehari appa tu

hahaha....betul la kot....faktor usia...
me too lebih suka reading lagi dari tgk bideo org membebel...sbb tu jgk la iols ni tak kenal utuber2 yang glamer2..


sbb tak kena jiwa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg boleh main tiktok ni sapa je ek
Klau cikgu ke doktor ke mesti kna hentam...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa takpe lagi doktor buat video pendek berinformasi macam ni sebab at least ada gak ilmu baru kan, dari cikgu-cikgu yang 24jam rekod diri sendiri dalam kelas sambil terjerit2 panggil anak murid. Gigih sangat nak viral kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-1-2021 01:42 PM
Lepas kena tipu dgn doktor dekat melaka tu, aku persetankan je doktor2 gay mcm ni

Simpati kat awak...gitulah dunia
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 4-4-2021 03:02 PM
Aku rasa takpe lagi doktor buat video pendek berinformasi macam ni sebab at least ada gak ilmu baru  ...

Tk kisah doktor ke cikgu. Asalkan tahu limit. Tapi cikgu dkt malaysia buat tiktot tkde limitation. Cmne ko nk didik masyarkat. Yg salah ko bgga tayang2 konon atas alasan mengajar. Apa beza ko dgn robin hood. Sial
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.480973 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list