CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6557|Reply: 77

Analisis Rahim & Co. Tiga negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur kekal pali

[Copy link]
Post time 26-1-2021 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Masalah rumah siap tidak terjual mungkin berterusan
Oleh Hazwan Faisal Mohamad - Januari 26, 2021 @ 4:31pm


KUALA LUMPUR: Jumlah hartanah kediaman siap dibina tidak terjual berkemungkinan kekal tinggi pada 2021 berdasarkan kepada paras pendapatan semasa, lokasi dan harga produk, demikian menurut Rahim & Co International Sdn Bhd.

Pengarah Penyelidikannya, Sr Sulaiman Saheh, berkata setakat suku ketiga 2020, terdapat 57,390 unit kediaman siap tidak terjual membabitkan hartanah kediaman, pangsapuri khidmat dan SoHo bernilai RM42.49 bilion.

Katanya, tiga negeri iaitu Johor, Selangor dan Kuala Lumpur kekal mempunyai jumlah unit kediaman siap tidak terjual paling tinggi di Malaysia iaitu masing-masing sebanyak 33,000 unit, 87,000 unit dan 7,800 unit.

Malah, tegasnya, negeri lain seperti Perak dan Pulau Pinang juga melaporkan jumlah kediaman siap tidak terjual yang tinggi iaitu sekitar 4,000 unit di setiap negeri.

"Hartanah yang terletak di dalam kawasan bandar masih menerima permintaan kukuh dan berkemungkinan boleh mengurangkan masalah ini jika harganya diselaraskan.

"Apa yang kami lihat ketika ini pemaju sedang menawarkan lebih banyak diskaun terhadap projek mereka di samping Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2.0.

"Secara keseluruhan, kami berpandangan bahawa jumlah kediaman siap tidak terjual berkemungkinan tidak akan turun dengan ketara pada tahun ini. Ia mungkin akan stabil tetapi angkanya dijangka terus tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran laporan tahunan 'Kajian Rahim & Co - Tinjauan Pasaran Hartanah 2020/2021' secara maya, hari ini.

Ia turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman; Ahli Lembaga Pengarah, Sr Chee Kok Thim, Ketua Pegawai Eksekutif Ejen Harta Tanah, Siva Shanker dan Pengarah Cawangan Petaling Jaya, Sr Choy Yue Kwong.

Sementara itu, Siva berkata ,ketersediaan vaksin COVID-19 dan sentimen lebih baik pada tahun ini boleh membantu mengurangkan masalah kediaman siap tidak terjual.

"Saya bersetuju bahawa masalah ini tidak akan berkurangan dengan ketara kerana kita mempunyai jumlah kediaman siap tidak terjual yang cukup tinggi.

"Namun, kita boleh menjangkakan pasaran kediaman untuk kembali pulih sedikit dan barangkali meningkat sedikit didorong oleh kejayaan program vaksin dan sentimen lebih baik," katanya.

Laporan terkini Rahim & Co mendapati, keseluruhan pasaran hartanah mencatatkan 204,721 transaksi bernilai RM80.71 bilion pada sembilan bulan pertama 2020.

Ia menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak 15.8 peratus dari segi jumlah dan 21.6 peratus dari segi nilai nilai berbanding sembilan bulan pertama 2019.

Ini juga menyekat momentum pemulihan sektor hartanah yang dilihat bermula pada tahun 2018/2019.

Penularan pandemik COVID-19 membawa gangguan dan halangan ke atas pasaran hartanah negara bagi 2020 dan menyebabkan situasi menjadi lebih mencabar.

Sebagai sub-sektor pasaran hartanah yang terbesar, aktiviti transaksi hartanah kediaman menunjukkan penurunan sebanyak 14.3 peratus dari segi bilangan dan 14.8 peratus dari segi nilai berbanding sembilan bulan pertama 2019.

Bagaimanapun, suku ketiga mula mencatatkan peningkatan dari segi jumlah dan nilai transaksi berikutan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) pada ketika itu.

Aktiviti pembinaan menghadapi halangan dan kelewatan dari segi tempoh siap disebabkan oleh PKP, apabila hanya 64,080 unit jumlah kediaman siap dibina pada sembilan bulan pertama 2020, penurunan sebanyak 33.4 peratus daripada tempoh sama tahun lalu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 05:28 PM | Show all posts
dah tak laku pun harga tak turun

semoga Yang Maha Kuasa melaknat pemaju-pemaju hartanah yang tamak dan runtuhlah ekonomi segenap bangsa yang berpakat kerjasama dengan pemaju-pemaju hartanah ini di Tanah Melayu. Semoga mereka berambus dari Tanah Melayu yang serba indah ini.  

Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehehe.... dah Rosie ngan Tag team, si Paus terdampar Adnan kat KL ni galak membina rumah the last 5-8 years Jibby jadik PM. Asal ada tanah kecik, jual kat cina & China, naik condo 30 tengkat. Pastu masuk segala scammers tinggal situ. Kat 2 negeri lain tu plak, tag team lain plak tamak haloba.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 05:45 PM | Show all posts
baper rega umah seketul ni?

Pengarah Penyelidikannya, Sr Sulaiman Saheh, berkata setakat suku ketiga 2020, terdapat 57,390 unit kediaman siap tidak terjual membabitkan hartanah kediaman, pangsapuri khidmat dan SoHo bernilai RM42.49 bilion.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 05:47 PM | Show all posts
Rata2 kemampuan kewangan dah makin mengecil jadi semestinya rumah2 jenis tu dah kurang dapat pemintaan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 05:53 PM | Show all posts
"Hartanah yang terletak di dalam kawasan bandar masih menerima permintaan kukuh dan berkemungkinan boleh mengurangkan masalah ini jika harganya diselaraskan.
kalau harga bandar selaras dengan harga luar bandar, masalah akan selesai...  tapi nak ke developer semua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 05:57 PM | Show all posts
bagus...indikator yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:00 PM | Show all posts
Betul tu, kat Johor ni je banyak sangat rumah baru siap tapi tiada pembeli, sunyi sepi sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah x laku...tp nak maintain harga mahal
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 26-1-2021 06:00 PM
Betul tu, kat Johor ni je banyak sangat rumah baru siap tapi tiada pembeli, sunyi sepi sahaja

mungkin kena buka kepada pembeli dari seberang tambak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:52 PM | Show all posts
tak laku tp some tu owner still ada holding power... dlm kawasan umah meols, semi D pun dah rm2.8M,. tak turun2 dari pre-cobid...

cam hampehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2021 06:56 PM | Show all posts
geng2 yg beli byk hartanah (bukan kategori agent)
tgh fikir mcm mana la nak rolling
pasal bukan senang nak dpt kan penyewa time mcm ni
option lain terpaksa la korek duit saving

satu lagi cara
ada ada pembangkang ckp pasal mora
geng2 ni terus setuju
at least dpt la cover 6 bulan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:16 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 26-1-2021 07:17 PM

tebang pokok dan hutan,
rata kan bukit bukau, rosak kan ekosistem,
dengan buat rumah banyak2 hanya untuk hantu duduk,
bodoh punya manosia
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:33 PM | Show all posts
ada ke developer kisah rumah tak terjual?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahim ni ada kena mengena dgn affendi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:52 PM | Show all posts
gekkou replied at 26-1-2021 07:33 PM
ada ke developer kisah rumah tak terjual?

Mestila kisah... finalize payment contractor, cost maintenance and security every unit sapa nak tanggung. Defects lagi..

Mana ada dev buat rumah tak fikir profit per square feet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahim & Co masih milik bumiputera ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahim n co ni company lawyer ke property?

Nmpk tepi jln tun razak opis nye
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:25 PM | Show all posts
Aku tengok iklan jual rumah ni masih menten rege 800K sampai berjuta. Takde pun turun rege walaupun bersepah tak terjual.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga mahal,saiz kondo/aparment makin kecil 400 skuarefeet,bilik satu,maintenance 300 sebulan.ni tgh bandar.kalu luar nunnn jauh kat hulu selangor tempat jin bertandang.rumah teres lagi,takde 500 k jgn mimpi.kalau mampu 500k adala kat Eco.tapi kena maintenance 2 3 ratus mcm kondo.cuma takde kolam renang.kat selangor semua 500 k keatas,nk murah beli kat nilai,tapi kena sanggup ulang alik dari sel/kl hari hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052561 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list