Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan satu trend di aplikasi TikTok yang mana ramai individu membuat video sedang memakai krim membesarkan kemaluan pada bibir mereka.
Difahamkan, trend itu dimulakan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Jerrybmaldonado.
Kredit: Tiktok
Dalam video asal, hasil sapuan berkenaan membolehkan bibirnya kelihatan membesar dan munggil dalam tempoh singkat.
Biarpun kesannya hanya sementara, ia tetap dikecam sehingga mendapat perhatian pakar perubatan.
Menurut pakar, Jerry tidak sepatutnya menggunakan platform itu untuk memberi mesej salah mengenai krim berkenan.
Malah, ia juga boleh menyebabkan kesan alahan serta beberapa kesan lain yang tidak bagus untuk bibir manusia.
Untuk rekod, video asal oleh jejaka itu juga sehingga kini sudah meraih 3.5 juta tontonan. -CARI