View: 2813|Reply: 15
|
Anak Tak Perlu Ibu Baru, Tapi Hafiz Hamidun Yang Kena Cari Calon Isteri
[Copy link]
|
|
"Saya tak perlu carikan ibu baharu untuk anak angkat, Hamdee Hafiz, 11 bulan kerana dia sudah pun ada ibu bapa kandung, tapi saya yang nak kena cari calon isteri sendiri," kata komposer dan penyanyi lagu kerohanian popular, Hafiz Hamidun.
Hafiz, 37, berkata dia kini cuma penjaga dan bapa angkat kepada bayi itu yang mana sekarang berada di kampung buat seketika di bawah pengurusan ibu bapanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Hamdee, rasanya tidak memerlukan ibu baharu pun kerana adik-beradik saya turut menyayanginya sepenuh hati seperti anak sendiri. Ibu dan bapa saya juga melayani, sayang dan menjaganya bagaikan cucu kandung.
"Cuma, sayalah yang kena cari, calon isteri baharu Apapun, kini saya mahu fokus pada beberapa tanggujawab kerja yang perlu dilaksanakan dahulu serta fikirkan kesejahteraan ibu bapa," katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, Hafiz pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun mereka akhirnya bercerai beberapa bulan kemudian.
Terdahulu, Hafiz tampil pada sidang media virtual sempena promosi album zikir terbaharunya berjudul Marhaba yang kini dijual dalam bentuk cakera padat (CD) dan juga boleh distrim di semua pelantar muzik.
Mengulas juga mengenai album itu yang mengambil masa sekitar lima tahun untuk dihasilkan, Hafiz berkata dia mahu album yang menjadi impian besarnya sehebat album yang pernah dihasilkan penyanyi lagu kerohanian terkenal, Maher Zain.
"Saya cemburu dengan Maher Zain yang mana album-album pernah dihasilkannya begitu diterima baik dan mendapat tempat di hati pendengar. Jadi, saya mahu album saya juga setanding dan sebagus Maher Zain.
"Bagi saya, kalau Maher Zain boleh buat, kenapa tidak saya? Dalam tempoh pembikinan album ini, saya banyak kali terbang ke negara Timur Tengah untuk menjalin kerjasama dengan pihak yang pernah terbabit pada penghasilan album Maher Zain.
"Alhamdulillah, usaha saya berjaya kerana dapat bekerjasama dengan mereka. Cuma, album Marhaba ini patutnya dilancarkan pada tahun lalu tapi saya tangguh kerana penularan Covid-19," katanya.
Kredit foto: IG Hafiz
Bagaimanapun dengan kerjasama daripada Universal Music Malaysia, Hafiz bersyukur dapat melancarkan album Marhaba pada awal Januari lalu. Album Marhaba memuatkan 13 lagu zikir yang biasa didengar dan menjadi amalan harian.
Album yang disifatkan menyuntik motivasi ini, bagi Hafiz sudah memberi satu kepuasan buatnya. Malah, katanya dia juga tidak menjangkakan album Marhaba itu mendapat sambutan saat baik di dalam dan luar negara meski kini pandemik.Covid-19 masih menular.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan demand sgt pismidon, nak instafemes macam repah hujung2 meroyan repah. Hamdee tu cute |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je isteri baru=ibu baru |
|
|
|
|
|
|
|
All the best hafiz...sbb kau x ngada2 demand mcm2 dgn student i dan blh berlebih kurang soal bayaran..i doakan kejayaan album you |
|
|
|
|
|
|
|
All the best HH |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh gay ni. nawaitu atas sokabar propa sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Album zikir terapi ko apiz sgt menenangkan.. tahniah apiz |
|
|
|
|
|
|
|
Byk je ustaz yg bertopengkn grindr skg ni kn? Opppsss pepatah baru iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Jenna nasihat ko Piz:
Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumahtangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman
Ewahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga jumpa jodoh dan bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Wlupun dlu rengsekk dgan ciapan twitter dia yg akhirnya kena btg hidung sendiri, iols salute dgan kesabaran hafiz ni tatkala repah memalukan dia seantero malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Moga cepat2 bertemu jodoh pizmidon |
|
|
|
|
|
|
|
Senang nya retis amik anak angkat. Macam Sajat, Rizalman. Kem Kebajikan Masyarakat ni something wrong. Yang suami isteri sah, depa make it very hard for them. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe direct drpd mak bapak kandung kot...sbb tu urusan senang..daftar jer kebajikan masyarakat
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm sesuatu bila jantan teruna terhegeh-hegeh gelojoh nak bela anak angkat.
Mcm pelik .
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha teringat hari rabu lepas single dad shopping dengan dua anak..
Kecil lagi rasa paling besar pun 2 tahun.
Sempat jual kacang bercerita susah nak cari ibu baru, so jaga anak aje, beriya minah tu dengar cita..
So single dad, fokus anak dulu yea..
Kang dapat mak tiri jahat, nyesal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|