Perkongsian penyanyi Suhaimi Saad mengenai dia bakal muncul dengan sebuah album nasyid bersama isterinya iaitu Ina Naim dan anak-anak mereka mengundang kritikan netizen.
Suhaimi menerusi laman Facebook miliknya berkongsi paparan skrin komen daripada individu yang mendakwa dia menggunakan wang daripada program i-Sinar milik isterinya untuk pembikinan lagu.
Malah, individu tersebut juga mengungkit kisah lama bekas anggota kumpulan nasyid Inteam itu yang tidak membenarkan anak-anak bersekolah.
Kredit foto: IG
"Guna duit i-Sinar bini buat lagu... dah la tak bagi anak-anak sekolah," kata individu tersebut.
Suhami turut memuat naik paparan skrin akaun laman Facebook berserta foto profile individu tersebut di laman sosial miliknya.
Enggan melatah, Suhaimi memberi amaran kepada individu tersebut yang dianggap ingin menumpang popularitinya.
"Yang ni nak tumpang glamour ke nak mintak surat saman?"
"Aku pun ada KWSP, royalti, bisnes dan duit upah urut... walaupun" tulisnya.
Kredit foto: VIA mStar Online
Sebelum ini, penyanyi berusia 41 tahun itu memberitahu dia kini sedang menyiapkan sebuah album gandingan suaranya dengan Ina Naim dan anak-anak mereka.
Menurut Suhaimi, album yang bakal diterbitkan pada awal Ramadan tahun ini mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.
Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata aitu Ehmad Hadie Elfardie, 13; Sallman El-Khoyri, 11; Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.
Menerusi laporan mStar pada 6 November tahun lalu, Suhaimi memaklumkan dia menghidap sakit mata kronik sejak 2019 dan memerlukan bantuan isteri untuk melakukan urusan harian.
Suhaimi yang kini menetap di Kelantan bersama keluarganya juga mendapat bantuan daripada wakil komuniti Kubang Kerian. -CARI
Sumber: mStar Online |