Walaupun ramai yang mengenali Chucky ketika di zaman kanak-kanak, tidak dapat dinafikan sehingga dewasa segelintir orang masih takut dengan patung tersebut.
Kredit foto: IG/The New York Post
Ia dapat dilihat dalam sebuah video tular di Twitter, baru-baru ini di mana beberapa penumpang kereta api bawah tanah New York ‘diserang’ Chucky.
Dalam video berdurasi 24 saat yang dikongsikan albertoutspoken itu, seorang individu rendah dilihat mengenakan kostum Chucky dan mengganggu penumpang lain.
Bukan sahaja kostum dipakainya itu nampak cukup 'real', malah aksinya mendekati penumpang juga membuat ramai ketakutan dan cuba melarikan diri darinya.
Individu berkostum Chucky itu juga memegang kaki seorang penumpang wanita dan enggan melepaskannya sebelum mengejar wanita berkenaan apabila dia menjauhkan diri, sementara penumpang lain cuba merakam adegan luar biasa itu.
Kedengaran wanita terbabit marah0marah sambil memaki hamun kerana berang dengan tindakan individu berkenaan.
New York Post kemudian melaporkan, pelawak dan influencer Miguel yang memakai kostum Chucky itu mengesahkan kepada Daily Dot bahawa insiden berkenaan sebenarnya satu eksperimen sosial.
"Seperti dijangka, tiada siapa membantu. Sebaliknya, mereka memilih untuk merekod kejadian.
"Kami memilih Sara (mangsa) untuk tidak memakai topeng kerana mahu melihat sama ada ia akan mendorong orang ramai untuk membantunya dalam situasi sedemikian," katanya memperoleh reaksi serupa apabila melakukan prank itu di lokasi lain.
Watak patung pembunuh Chucky dari filem Child’s Play adalah salah satu watak seram pertama yang menakutkan kita semasa kecil. Patung kanak-kanak itu dirasuk roh pembunuh bersiri yang kemudiannya cuba untuk merasuki manusia untuk mendapatkan tubuh baru.
Sumber: HCL,The New York Post
|