Kerana pakaiannya yang didakwa seksi, seorang wanita dirogol seorang tentera ketika pulang dari sebuah parti.
Georgia Hinton, 26, bersama anaknya menghadiri parti di kejiranan di Gloucestershire England pada Mei 2018. Ketika itu, perogol, Serupepeli Niubasaga, 41, yang juga bapa kepada rakan anaknya turut berada di majlis berkenaan.
Foto :Hotspot Media
Setelah merasakan diperhatikan, Georgia kemudiannya menyertai jirannya yang lain sebelum ditahan oleh Niubasaga, dari Fiji yang memintanya berada di situ lebih lama.
Setelah anaknya berasa mengantuk, Georgia pulang ke rumah dan menidurkan anaknya di tingkat atas. Ketika itu, dia terdengar sesuatu di belakangnya lalu berpusing dan ternampak Niubasaga di antara pintu bilik tersebut.
Foto :Hotspot media
"Lelaki itu menghampiri kami lalu menyuruh anak saya supaya tidur. Bimbang dengan situasi itu, saya terus turun ke bawah dan dia mengekori saya."
Lelaki itu kemudiannya meminta Georgia mendengarnya bercakap, seperti yang dilaporkan Daily Star.
"Dengar sini, cara awak berpakaian kalau di negara saya sebenarnya seperti mengajak lelaki untuk melakukan seks".
Lalu suspek terus merogol Georgia yang terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang anak perempuannya akan tersedar dari tidur. Setelah memuaskan nafsunya, suspek terus keluar rumah.
"Sebelum pengsan, saya sempat menelefon rakan dan tiga jam kemudian, polis dan askar datang ke rumah."
Foto :Hotspot media
Keesokannya, suspek ditahan polis dan Georgia pula berpindah ke rumah ibu bapanya kerana mengalami tekanan jiwa.
Pada Oktober 2019, perbicaraan yang sepatutnya diadakan telah ditangguhkan membuatkan Georgia tertekan. Akhirnya pada Julai 2020, mahkamah mendapati suspek bersalah dan dipenjara selama tujuh tahun.
Biarpun mendapat pengadilan, Georgia turut menyatakan yang nasib mangsa gangguan seksual lain oleh tentera perlu dibela. - CARI |