Tidak dinafikan di pasar-pasar basah terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual kepada orang ramai. Harga-harga ikan ini, berbeza mengikut jenis ikan itu sendiri. Malahan, terdapat harga ikan yang boleh mencecah ribuan ringgit. Walaupun, harganya yang mahal ikan ‘istimewa’ ini masih mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminatnya.
Kredit foto: FB/Twitter
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!
Menerusi gambar tersebut, ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga RM500 per kilogram. Mengikut kiraan, jika ikan itu ditimbang beratnya boleh mencecah 11 kilogram dan menjadikan harganya adalah RM5,700. Fuhh memang mahal betul ni!
Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia.
Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.
Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini.
Kredit foto: Twitter
Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.
Post time 1-2-2021 04:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku mula2 kawin dulu, terkejut jugak bila ikut mertua pegi pasar. Dia akan ambil ikan yg mahal2. Nak tak nak sebagai menantu, bayar jugak lah. Lepas tu aku tak ikut dah. Bagi duit sahaja. Pandai2 lah tambah. Sape suruh makan ikan mahal2. Sbb aku anak felda, mmg makan ikan murah2 jer. Bagi aku sama jer rasa nyer.
orang kalau berduit takde timbulnya persoalan mana mana..
so tak payah la nak persoalkan..
kalau korang fikir mana berbaloi, clearly korang tak mampu la tu..
so teruskan hidup dalam kemampuan..
pakai samsung makan ikan kembung pun alhamdulillah..
ada banyak jenis masakan ikan ni... panggang sedap, masak gulai sakai sedap, masak asam sedap... banyak lagi jenis makananyang sedap... stim pun sedap tapi sambal kena mantap la...
ni sejenis dah bayar bulanan tiga rumah, keta empat biji, tiga bini simpanan, bini pertama, parking heli depan rumah, masih lagi berbaki berkepok2 dalam poket dalam bank... tu yang selamba beli ikan rega rm5.7k tu...
Post time 1-2-2021 08:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ikan ni diet khas, sebab tu mahal agaknya. Mostly ikan sungai kalau dia tak makan ikan lebih kecil, dia akan makan buah buah hutan. Rare nak dapat tapi kalau boleh deal dengan nelayan sungai, boleh dapat harga jauh lebih murah dari restoran atau pasar. Kalau I, dapat tengalan pun cukup dah.
Post time 1-2-2021 08:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
eyansss replied at 1-2-2021 07:35 PM
teringin makan wagyu tapi tengok rega tu macammmmm... haish... kalau beli, kena kokak tulang sek ...
wagyu rm150 sepinggan, rasa cam berbaloi laa sedap lembut juicy and melt in the mouth punya texture.... jgn le amek wagyu matsuzaka tu... amek kobe beef biasa je