CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4036|Reply: 38

Aliff Aziz Rasa Macam Mati Hidup Semula

[Copy link]
Post time 2-2-2021 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Kanvas kehidupan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 30, diwarnai dengan lakaran rona hitam dan kelabu. Pelbagai insiden hitam dilalui termasuk isu kecurangan dan perceraian meletakkan kedudukan Aliff seperti dalam bara api.


Rata-rata warga netizen mengecam penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Sayang itu tanpa belas kasihan, hanya kontroversi yang menghimpitnya.


Namun, hakikatnya, tiada lautan yang tidak bergelombang, tiada bumi yang tidak ditimpa hujan. Sama seperti insan lain, Aliff juga bukan manusia sempurna. Dosa silam yang pernah dilakukannya tetap menghantui kehidupannya.


Tetapi, ia bukan alasan untuk lelaki kelahiran kota Singa itu menyerah kalah ataupun lemah dalam ujian yang diberikan. Enggan terus meratapi nasib, selain niat mahu memulakan hidup baharu, pelakon tinggi lampai itu tekad kembali bangkit demi insan tersayang.




  



"Secara jujurnya, saya sendiri penat membaca segala janji yang pernah dilafazkan, lebih lagi, setiap kali saya tersilap langkah. Namun, akhirnya ia berulang semula.


"Justeru, saya memutuskan melakukan apa yang terbaik dan membiarkan hasil sahaja yang menunjukkan perubahan diri. Saya banyak belajar daripada kesilapan sepanjang dua tahun terpalit dengan kontroversi.


"endekatan diambil, saya akan berfikir sejenak adakah tindakan berbaloi untuk saya dan orang sekeliling dalam apa juga yang dilakukan. Jika boleh mendatangkan mudarat dan kemusnahan pada reputasi, lebih baik, saya lupakan abaikan," luahnya kepada BH Online.


Pelakon drama Meh Sandar Pada Aku dan Halalkan Hati Yang Ku Curi itu berkata, kerja kebajikan yang dilakukan membuka matanya untuk lebih menghargai kehidupan yang penuh dengan berliku itu.


"Saya menyertai pusat komuniti Islam, Jamiyah sepanjang berada di Singapura. Tugas saya menguruskan pengagihan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan. Ia benar-benar menimbulkan keinsafan apabila melihat kesempitan hidup yang dilalui golongan berkenaan.


"Walaupun hidup susah, mereka tabah. Situasi yang dilalui menjadi cermin diri untuk menilai kembali ujian yang Allah berikan kepada saya. Jika mereka boleh meneruskan kehidupan, kenapa tidak saya?


"Situasi ini membuka mata saya untuk lebih bersyukur dan tidak patah semangat, walaupun menyedari saya takkan terlepas daripada dihakimi masyarakat. Saya kena abaikan kata negatif untuk menjadi lebih kuat. Dengan semangat baru, saya berasakan seperti mati hidup semula," katanya.


  





Aliff atau nama sebenarnya, Muhammad Aliff Aziz berkata, dia nyata beruntung kerana masih diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan. Mengakui terharu dengan kesempatan yang diberi, Aliff berjanji tidak akan sesekali mensia-siakannya.


"Saya bersyukur isteri menerima saya dengan hati terbuka. Mungkin jodoh masih panjang membuatkan kami kembali rujuk selepas lebih dua bulan berpisah.


"Saya terharu apabila rakan seperjuangan dalam industri sudi menawarkan peluang berlakon sebaik mengetahui saya sudah berada di Malaysia. Projek pertama membabitkan telefilem Bukan Cerita Cinta Klise yang menyaksikan saya bergandingan dengan Syafiq Kyle dan Mimi Lana.


"Diakui agak kekok selepas dua tahun tidak berlakon, namun saya berusaha mendapatkan semula rentak. Banyak juga tawaran berlakon menyusul, tetapi akan dibincangkan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berakhir," terangnya.


Terdahulu, Aliff terpaksa berjauhan dengan isteri dan dua permata hatinya akibat penularan pandemik COVID-19. Mereka kembali dipertemukan selepas sembilan bulan berpisah pada Disember lalu.




  



Sementara itu, isteri Aliff, Bella Astilah, 27, menyifatkan kehadiran semula Aliff menyempurnakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.


"Ketika mengandungkan anak kedua Ara Adreanna, Aliff sudah tiada di sisi. Justeru, apabila Aliff kembali ke pangkuan, barulah saya dapat merasakan kehidupan kami kini lengkap. Saya ada suami menemani di sisi, selain anak-anak dan ibu bapa.


"Saya tak mahu menjanjikan bulan dan bintang, tetapi cukuplah sekadar meminta doa yang baik-baik dan kebahagiaan yang dikecapi berpanjangan," ujar penyanyi lagu Tenang itu.


Meskipun pernah melalui situasi dikhianati hingga membawa kepada perceraian, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah itu tidak pernah meragui keikhlasan hati Aliff untuk kembali membina bahagia dalam rumah bahtera tangga mereka.


"Jika terus meraguinya, saya tidak akan terima Aliff semula. Pun begitu, saya tidak menafikan wujud perasaan risau. Sebagai pasangan dewasa, kami perlu lebih matang dalam bertindak.


"Untuk itu, kami harus saling mengingati dan ditegur jika melakukan sebarang kesilapan. Komunikasi amat penting dalam sesebuah hubungan," ujar pelakon drama rantaian, Cinta Belum Tamat Tempoh itu.




Kredit foto: IG



Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan anak pertama, Muhammad Ayden Adrian. Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, Aliff dan Bella mengejutkan ramai dengan berita perceraian apabila sikap Aliff gemar bermain kayu tiga terbongkar.


Bagaimanapun, Bella mendedahkan kembali rujuk ketika masih dalam tempoh edah dan sedang hamil anak kedua, Ara yang dilahirkan Julai, tahun lalu. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Emmmmm okay alipppp sila duduk bawah ketiak bini diam2
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:52 PM | Show all posts
Ini bukan peluang kedua, dah banyak kali dapat peluang. Apa2 pun tak payah la jadi artis lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Konfiden sungguh bella menyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 03:15 PM | Show all posts
Ok. Next.
Malas dah nk amik tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
malas nk komen, baik tgk laut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dia herlok, bagi lah dia peluang lagi sekali untuk menjaga hati dia @Kurex
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-2-2021 03:17 PM
Sebab dia herlok, bagi lah dia peluang lagi sekali untuk menjaga hati dia @Kurex

Herlok sangat heols ni. Dulu masa budak2 takda la herlok gini tapi bila dah kertu, badan dah daddy2, terus herlok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-2-2021 03:22 PM
Herlok sangat heols ni. Dulu masa budak2 takda la herlok gini tapi bila dah kertu, badan dah daddy ...

Khen kaka, sebabtu kita kena bagi peluang sebanyaknya pada beliau, mana tahu dia betul2 nak berubah... Kecuali shuk yachh, kalau shuk di fitnah pun kita tak boleh maafkan dan bagi peluang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-2-2021 03:24 PM
Khen kaka, sebabtu kita kena bagi peluang sebanyaknya pada beliau, mana tahu dia betul2 nak beruba ...

Betul. Kalau Shuk tergolek eksiden nyawa2 ikan terdampar tepi jalan macam ikan paus pun kita wajib senyum sinis kemudian berlalu pergi sambil flip hair tak kata apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab kau hensem dan helok, x kisah la berapa kali kau nak buat silap. Alang2 kau buat silap, mohon kau buat silap dengan release video seperti syafiq kyle aritu. Semya org akan maafkan kau.

Sori shuk, sbab kau gemok dan x hensem, kau dibuang oleh netizen yg muak dgn kau.

Untuk bella, good luck je la andai kebodohan kau bakal menjerat kau nanti. Pedulik apa, janji dapat  sedap dgn alip kan.

Coretan netizen yg bias.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 03:59 PM | Show all posts
Moga kekal berubah ye Aliff...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
oklah tu.
dapat peluang lagi dengan family
dah boleh berlakon balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 04:37 PM | Show all posts
sebab badan ketak2 n herlok la si hazabellah ni sanggup bagi peluang berjuta kat jejan ni..huntong la alip..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 04:57 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 2-2-2021 03:27 PM
Betul. Kalau Shuk tergolek eksiden nyawa2 ikan terdampar tepi jalan macam ikan paus pun kita wajib ...

plot twist. tiba2 Shuk pegi gym, pakai braces
acane?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kekal menyanyangi isteri dan tidak curang. It is never too late to be a better person
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-2-2021 03:17 PM
Sebab dia herlok, bagi lah dia peluang lagi sekali untuk menjaga hati dia @Kurex

Katanya bulu bersepah... Iols ok je, iols terima je dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 05:40 PM | Show all posts
miszclassique replied at 2-2-2021 02:34 PM
Emmmmm okay alipppp sila duduk bawah ketiak bini diam2

jangan lupa upload kat IG story juga tu bila duduk bawah ketiak bini..
ala2 sweet gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 06:04 PM | Show all posts
aku penah tengok lankonan dia, not bad
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.237079 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list