View: 1729|Reply: 8
|
Takut Ditipu? Abang Polis Buat Video Khas Ajar Kaki Shopping Online Semak Info S
[Copy link]
|
|
Sejak ada kemudahan platform beli-belah dalam talian terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, makin rancak rakyat membuat pembelian.
Gambar hiasan
Bukan saja platform beli-belah, malah sudah ramai mula berjinak dengan dunia perniagaan dalam talian. Cari sahaja di Facebook, Twitter dan Instagram ada saja dijualnya terutama makanan.
Namun, sehubungan itu cerita penipuan ketika membuat pembelian online juga semakin kerap berlaku.
Gambar hiasan
Ada yang kehilangan wang selepas terjerat dengan penipuan scammer dan selalunya ia hanya disedari selepas selesai membuat transaksi pembayaran.
Jangan risau, ada caranya untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa scammer di Shopee.
Seperti video dikongsi Megat Mohd Yaacob, anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menerangkan kaedah membuat semakan maklumat penjual di laman Semak Mule PDRM.
Selepas mengisi semua butiran untuk menyemak maklumat penjual, sekiranya hasil keputusan menunjukkan kotak amaran berwarna merah, anda dinasihatkan supaya tidak meneruskan urusan jual beli dengannya.
Kredit foto: FB
Terima kasih abang polis! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih akan maklumat yang diberikan |
|
|
|
|
|
|
|
Maklumat yang sangat bermanfaat, kredit kepada abang polis dan juga TT |
|
|
|
|
|
|
|
ooo thank you atas maklumat...i ada nampak seller jual emas murah kat fb..tgk kat grup fb mmg verified seller, ramai review positive tapi risau jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Helok mukanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis ni bnyk surf forum lowyat. Tu web page yg bnyk dia surf ada di ms pertama screen dua |
|
|
|
|
|
|
| |
|