Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda
Berikut adalah panduan kami tentang bagaimana untuk menjaga kulit halus bayi andaTiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka. Walaubagaimanapun keburukannya adalah bayi anda lebih cenderung untuk mengalami ruam dan kerengsaan kulit lain. Tetapi janganlah risau, dengan panduan kami, anda boleh melindungi bayi anda daripada masalah-masalah kulit ini.
Jangan mandikan bayi anda dengan lamaPada beberapa bulan pertama bayi anda, terutama sekali sebelum tali pusatnya tertanggal, mandian span lebih daripada mencukupi untuk membersihkan bayi anda. Bila anda mula memandikan bayi anda, 3-5 minit di dalam tab adalah lebih daripada mencukupi. Lebih daripada itu kulit bayi anda akan kering, jadi jangan biarkan bayi anda berendam terlalu lama atau bermain terlalu lama di dalam air bersabun.
Pilih produk yang selamat digunakan bayiCari sabun dan losen yang lembut yang tidak mempunyai sebarang pewarna, wangian, paraben, deodoran, alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh membahayakan kulit bayi anda. Formula tiada air mata lebih membantu untuk tidak menyakitkan mata bayi anda. Sabun yang lembut ini selalunya tidak berbuih seperti sabun orang dewasa, jadi jangan tambah lebih sabun untuk menambahkan buih. Kuantiti yang kecil sudah lebih daripada mencukupi untuk membersihkan si kecil.
Ia tidak terlalu awal untuk melembapkan kulitKulit bayi anda boleh mengering jadi jangan lupa untuk memastikannya sentiasa lembap. Gunakan krim emolien atau minyak tidak bertoksik yang selamat digunakan untuk bayi sebaik sahaja selepas mandi. Sapukan krim ketika bayi anda masih basah, kemudian perlahan-lahan lapkan bayi anda hingga kering. Pada cuaca kita yang sangat lembap ini, melembapkan bayi anda sekali sehari sudah mencukupi tetapi anda boleh melembapkan bayi anda dengan lebih kerap jika anda rasa bayi anda memerlukannya.
Manjakan bayi anda dengan urutanCiuman dan pelukan bukan sahaja untuk memandikan bayi anda dengan kasih sayang tetapi ia juga sangat penting untuk kehidupan mereka. Sentuhan anda mencetuskan pengeluaran hormon, mempertingkatkan imuniti dan membantu melawan penyakit. Bayi yang diurut juga lebih tenang, tidur dengan lebih lena dan . Jadi ambil masa lebih untuk memandikan bayi anda dengan pelukan manja.
Jauhi dari matahariIa adalah bagus untuk anda berdua pergi keluar dan menghirup udara segar tetapi jauhkan bayi anda daripada terik matahari pada 6 bulan pertama. Sapukan pelindung matahari kepada bahagian yang tidak ditutupi dengan baju, seperti muka, tangan dan kaki bayi anda, dan pakaikan topi atau gunakan pelindung matahari pada kereta sorong bayi anda untuk menghalang sinaran terik cahaya matahari.
|