View: 1317|Reply: 11
|
Melayu, rakyat Malaysia tak lupa ‘sumbangan’ PH tadbir negara, Najib bidas Dr M
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menepis dakwaan Dr Mahathir Mohamad, prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan amat baik kerana berjaya menangani krisis kewangan dan hutang negara.
Najib berkata, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia khususnya tidak akan lupa “sumbangan” kerajaan PH, malah beliau percaya perdana menteri ke-7 itu mendapat laporan palsu daripada menteri kewangan dan menteri ekonomi ketika itu.
BACA JUGA : Walau dicemuh ‘kerajaan bukan Melayu’, prestasi pentadbiran PH amat baik, kata Dr M
“Untuk maklumat Mahathir, semasa pentadbiran PH yang “amat baik”, pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia, dikalahkan Zimbabwe. Nisbah hutang negara naik dari 48.7% ke 54.4% setelah PH menambah hutang negara sebanyak RM140 bilion.
“Defisit negara untuk dua tahun berturut-turut lebih tinggi berbanding masa Barisan Nasional (BN). Pertumbuhan KDNK negara 2019 menjadi paling lemah sejak 10 tahun lalu, sebelum krisis Covid-19,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Mahathir dalam wawancara bersama FMT berkata, kerajaan PH yang dipimpinnya mencapai banyak perkara sungguhpun dicemuh pembangkang ketika itu sebagai kerajaan bukan Melayu.
Mahathir berkata, walaupun tidak mempunyai kelebihan apabila kembali menjadi perdana menteri pada 2018 bawah teraju PH, parti komponen PH atau parti yang mesra gabungan itu tidak menghalang kerja beliau.
Malah, Mahathir menyifatkan prestasi kerajaan PH pimpinannya jauh lebih baik berbanding pentadbiran Muhyiddin Yassin yang disifatkannya begitu rapuh.
Najib berkata, semasa pentadbiran PH negara mengalami aliran keluar dana asing sebanyak RM25 bilion pada 2018 dan 2019, berbanding aliran masuk dana asing sebanyak RM11 bilion pada 2017.
“Malah, hibah dan dividen-dividen tabung rakyat menjadi paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun tersebut. Manakala, aset bersih Khazanah Nasional Berhad jatuh dari RM116 bilion ke RM73 bilion setelah PH menjual aset negara secara lambak.
“Bahkan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) diturunkan penarafan dua kali setelah PH jarah RM84 bilion dari rizab tunai RM176 bilion ditinggal BN. Serta, eksport negara semakin turun sehingga menjadi pertumbuhan negatif pada 2019,” katanya.
Najib turut mengingatkan Mahathir mengenai situasi hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa ketika pemerintahannya, yang tegang ketika itu serta kenyataannya sebelum ini supaya rakyat mengikat perut dan tidak iri hati atas kekayaan dimiliki orang kaya.
“Negara tidak alami apa-apa krisis ekonomi sebelum Mahathir jadi perdana menteri ke-7 dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9%, kenaikan eksport 18.9%, penurunan defisit kerajaan dan nisbah hutang negara ke 2.9% dan 48.7% masing-masing.
“Serta, dividen KWSP paling tinggi sejak 20 tahun lalu, pasaran saham Malaysia menjadi pasaran saham paling lama menaik dalam dunia sehingga mencapai tahap tertinggi 1,896 mata sebulan sebelum pilihan raya umum ke-14,” katanya.
Sumber : Freemalaysiatoday |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasib baiklah 22 bulan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu la...tudung la...halal la...Hudud la...
Macam2 korang |
|
|
|
|
|
|
|
Kita perlukan seseorang seperti Najib tetapi bukan seperti Najib{:spec |
|
|
|
|
|
|
|
PH DAP xkan bangkit kembali.
Jangan sokong siapa yg pro DAP.
sama sekali xmenyokong sesiapa yg juga pro DAP !!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau la tun det x termakan hasutan muhyidin utk menentang najib( better tun main cucu je di rumah), xkan ade ph 22 bulan tu beserta pn lahanet ni. paling kecewa part dap belot dkt tun & sanggup "bertuhankan" nuat lg( thks tommy utk pendedahan ini) |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik BOSSKU
masa untuk serang balas
hit them back
and hit them hard!!
|
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 5-2-2021 05:23 PM
Kalau la tun det x termakan hasutan muhyidin utk menentang najib( better tun main cucu je di rumah), ...
Akhirnya terbuka juga mata hati you
its still not too late little sis |
|
|
|
|
|
|
|
Si penyamun harta negara ni ingat kerosakan yg dibuat selama dia jadi pm tu boleh direpair dlm masa 22bulan? |
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 5-2-2021 05:28 PM
Akhirnya terbuka juga mata hati you
its still not too late little sis
At my eyes, Still najib is penyamun no 1 la brotha....najib,jahid,dap now telah "berkiblatkan" nuat jugak..same old same old.. |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 5-2-2021 06:01 PM
At my eyes, Still najib is penyamun no 1 la brotha....najib,jahid,dap now telah "berkiblatkan" nua ...
Yep
kesan hancing tak mudah hilang begitu je
kadang kena rendam and basuh banyak kali
kadang tu buang terus sebab tak hilang2 dah baunya
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa apa jelah asalkan tiada korupsi |
|
|
|
|
|
|
| |
|