CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3583|Reply: 30

Kira-kira 30 ekor 'babi berjanggut Borneo' ditemui mati secara misteri

[Copy link]
Post time 6-2-2021 03:48 AM | Show all posts |Read mode




SANDAKAN: Kira-kira 30 ekor 'babi berjanggut Borneo' ditemui mati secara misteri di beberapa kawasan di pantai timur negeri Sabah baru-baru ini.


Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah Dr Peter Lee berkata jabatan itu sedang menyiasat punca kematian dan akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai puncanya selepas semua ujian dijalankan.


Dalam satu kenyataan beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji beberapa sampel, termasuk ujian kemungkinan keracunan; dan setakat ini ujian menunjukkan sampel yang diambil tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit berjangkit.


Beliau berkata JPV mengesan kes awal kematian haiwan itu pada 28 Jan lepas semasa mengadakan mesyuarat secara dalam talian dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah, apabila dimaklumkan bahawa 14 ekor haiwan itu didapati mati di sekitar daerah Kinabatangan antara bulan Disember dan Januari lepas.


Menurutnya JPV seterusnya menubuhkan satu pasukan yang dianggotai petugas dari Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) bagi menyiasat perkara itu.
"asukan itu telah mengambil sampel daripada beberapa bangkai yang ditemui, termasuk sampel sumsum tulang bagi ujian "olymerase Chain Reaction" (PCR) untuk ujian penyakit; serta makanan pepejal untuk ujian toksikologi.


"Bagaimanapun disebabkan hujan berterusan, dan kawasan itu mudah dinaiki air, agak sukar untuk mendapatkan sampel babi berjanggut Borneo di kawasan sama bangkai itu ditemui," katanya.


Lee turut melaporkan bahawa apa jua punca kematian haiwan itu tidak menjejaskan babi tempatan yang berada di kawasan berkenaan, namun menurutnya jabatan itu tidak memandang ringan terhadap sebarang kemungkinan, dan telah meningkatkan pemantauan haiwan itu dalam kawasan dari Kinabatangan sehingga Beluran dan Paitan.


"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian awal atau menyebar khabar angin yang boleh menimbulkan panik dalam masyarakat.. dan menggesa orang ramai supaya menghubungi segera Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini," katanya.




Sumber: Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2021 03:49 AM | Show all posts
Panjangnya bibir dia orang!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi berjanggut ni mmg nama dia gtu eh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-2-2021 03:49 AM
Panjangnya bibir dia orang!

Bkn hidung ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Matilah babi sbb ada oztaz mak som ke sana. Baguslah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
First time tau ada babi berjanggut ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2021 07:52 AM | Show all posts
biar je lah mampus..siasat buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
babi mati pun nk buat kajian terperinci.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 6-2-2021 08:22 AM
babi mati pun nk buat kajian terperinci.....

babi jenis ni nak pupus,  tinggal beratus ekor je kat dunia..br ni badak borneo yg terakhir di dunia mati kat sabah, iols rase down sgt pastu ade berita gajah pygmy borneo berpuloh ekor kne racun, iols menangis kat bucu katil, sbb i syg binatang2 liar malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 08:34 AM | Show all posts
adakah di sumpit golongan cawat?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow sangat eksotik wajahnya. First time tau muncul spesis ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 6-2-2021 08:32 AM
babi jenis ni nak pupus,  tinggal beratus ekor je kat dunia..br ni badak borneo yg terakhir di dun ...

Sama la uols....Ada yg racun diorg ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 6-2-2021 07:22 AM
Matilah babi sbb ada oztaz mak som ke sana. Baguslah.

Marah Babi tu berjambang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 09:42 AM | Show all posts
wow...ada janggut ye...wow...now i learnt ade ye species macam ni. wildboar tu dah maklum biasa dah. ni ada yg berjanggut ye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bru ku tau tau kewujudan babi bjanggut ni.. Takat babi hutan to prnh laa aq tgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 11:06 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 6-2-2021 08:32 AM
babi jenis ni nak pupus,  tinggal beratus ekor je kat dunia..br ni badak borneo yg terakhir di dun ...

belum kira lagi harimau malaya yang tinggal less than 200 je...  sedih wooo makin banyak haiwan liar pupus dimuka bumi ni...  yang badak tu aku pun sama sedih tau...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti lm die menunggu
Smpi berjanggut lh

Sesuai jgk utk manusia yg suka biar org menunggu die

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 6-2-2021 07:32 AM
babi jenis ni nak pupus,  tinggal beratus ekor je kat dunia..br ni badak borneo yg terakhir di dun ...

May God bless your kind heart.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 11:18 AM | Show all posts
Nama lain 'babi bodoh'..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 11:29 AM | Show all posts
Ahhhhh haku ingat musang je yg berjanggut!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.218533 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list