CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2308|Reply: 19

Apa Khabar RUU355, Hukum Hudud?

[Copy link]
Post time 7-2-2021 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Hampir satu tahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk bersama parti Bersatu, Pas dan UMNO mentadbir tetapi belum kedengaran suara hendak melaksanakan hukum hudud atau RUU355.


Sebelum ini, pada Februari 2017, ketika Barisan Nasional (BN) masih memerintah, pemimpin kanan dari Pas lantang menuntut diadakan pindaan pada Rang Undang-Undang (RUU) 355 sehingga sanggup melakukan himpun besar-besaran di Padang Merbok, Kuala Lumpur.




Kredit foto: The Stringer




Kini, tegas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selepas hampir setahun Pas menjadi sebahagian dari pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kenapa diam membisu.


Katanya, laungan Pas untuk melaksanakan hukum hudud juga telah mendapat kelulusan dua negeri iaitu Kelantan pada 1993 dan Terengganu pada 2000, tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.

“Padahal dua negeri yang ditadbir oleh Pas iaitu Kelantan dan Terengganu telah mendapat persetujuan sebulat suara dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Tetapi, kenapa tidak boleh laksana? Adakah sebab Pas tidak mempunyai kuasa politik di peringkat kerajaan pusat?

“Hari ini sebuah kerajaan Melayu Islam telah terbentuk dengan menteri agama adalah bekas Mufti (Wilayah Persekutuan). Menteri Undang-undang pula dari parti Islam (Datuk Takiyuddin Hassan),” katanya yang dipetik menerusi hantaran Facebooknya hari ini.


Malah, kata beliau, majoriti ahli Kabinet kerajaan PN adalah Melayu dan Islam, melainkan Datuk Seri Wee Ka Siong, Datuk Seri M. Saravanan dan Datuk Seri Ronald Kiandee yang bukan beragama Islam.

“Begitu Peguam Negara bukan lagi Tan Sri Tommy Thomas tetapi Tan Sri Idrus Harun, orang muslim dan keseluruhannya kuasa politik sekarang ini di tangan kerajaan Melayu Islam.

“Atas prinsip memperjuangkan hukum Islam, maka ahli Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) harus buktikan kesungguhannya.

“Tetapi, mati (senyap) di situ. Sekarang setahun sudah menjadi kerajaan. Tiada kertas kabinet untuk laksanakan RUU355 dibentangkan oleh menteri agama atau menteri undang-undang. Tiada dibentang dalam kabinet bermaksud tiada juga dibentangkan dalam Parlimen,” katanya.








Namun, katanya, agak pelik juga apabila tidak ada sebarang desakan di Parlimen oleh 18 Ahli Parlimen parti Islam termasuk Abdul Hadi. – MalaysiaGazette




Sumber: Malaysia Gazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ore tgh pening pasai covid......la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 04:46 PM | Show all posts
lagi 3 bulan nak PRU guna la semula point ni.
Sabar bro.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah. Usahkan hudud. Duk pung pang pung pang pasal BMF ujong2 lobai pun gigil beli merc ciptaan n milik kafirun. Inikan pulak huwdudddddd dud dud duddddd duhhhhhh ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak bentang.darurat pulak.parlimen x leh bersidang hahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:24 PM | Show all posts
Sesiapa yang nak sangat buat hukuman hudud tu sila pergi duduk Aceh, pakistan Nigeria sana selama 5 tahun..apa rasa.

Arab saudi pun dah nak dan tukar jadi modern.

Dah lah tu tertipu dengan budaya arab!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2021 10:51 PM | Show all posts
tunggang selagi boleh..

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 11:05 PM | Show all posts
Kita ada ubat untuk semua persoalan ini.


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
[youtube]wTCYJERISfc[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2021 11:09 PM | Show all posts
apa lagi nak RUU355...


isle dah perintah

cukupla
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 7-2-2021 07:24 PM
Sesiapa yang nak sangat buat hukuman hudud tu sila pergi duduk Aceh, pakistan Nigeria sana selama 5  ...

Malaysia nk sgt hudud
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 11:59 PM | Show all posts
karektor mana2 parti politik atau ahli2 politik akan berbeza bila mereka berada atau semasa menjadi kerajaan atau semasa menjadi pembangkang..........sama jer baik BERSATU, PAS, UMNO, PKR DAP dll....so dengar bole caya jgn ahli2 politik ni......
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 10:57 AM | Show all posts
sini antara tred yg lobai2 malang haramkan diri utk menjenguk.
masing2 tgh bertapa dlm gua.




Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 12:31 PM | Show all posts
Walaun masih berharap..sebab kalau tak sia2 duk berhimpun kat padang merbok aritu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:42 PM | Show all posts
korang nak hukum hudud yg melolong kat sini...ke sekadar nak create issue?? maaf ye hanya org bodoh je sokong PH minus dan hanya yg sokong perasuah je..sokong zahid hamidi n clans
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 02:02 PM | Show all posts
depa dh tak kasi tanya pasal hudud.
dah tak de dah hudud ke hulu ke hilir..
syukur bab ni...
tapi bab menunggang agama... bukan main la...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 02:05 PM | Show all posts

lumayan tunggang agama ni... sbb tu la saiz serban berkadar terus dgn kebolehupaya tunggang agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 8-2-2021 04:49 PM
atira replied at 8-2-2021 02:05 PM
lumayan tunggang agama ni... sbb tu la saiz serban berkadar terus dgn kebolehupaya tunggang agama
...


Dulu2 ada kempen undi pas masuk surga..tak tau lani kalo undi masih masuk surga ke x

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 08:24 PM | Show all posts
jap2

sapa yang nak wat hudud ni?

pkr ke pas?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 06:32 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2021 06:33 PM

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) menyokong inisiatif ini dan menyeru orang ramai untuk menandatangani petisyen Kes Mahkamah Iki Putra: Pertahankan Shariah dan Pindakan Perlembagaan.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/



Keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes ini bakal membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah syariah yang tersedia ada lantaran akan melumpuhkan langsung sistem jenayah di Malaysia. Kita perlu mempertahankan Enakmen Jenayah Syariah dan mendesak untuk tidak diganggu-gugat sistem ini dan jika tiada tindakan, undang-undang ini bakal lumpuh selama-lamanya.

Berikut adalah link petisyen:

https://www.change.org/p/pinda-perlembagaan?recruiter=722391350&utm_source=share_petition&utm_campaign=psf_combo_share_abi&utm_medium=whatsapp&utm_content=washarecopy_27747621_en-GB%3A4&recruited_by_id=42a3a800-3b7a-11e7-b167-cd2bca1f7de7




KES MAHKAMAH IKI PUTRA: PERTAHANKAN SHARIAH DAN PINDAKAN PERLEMBAGAAN




1. Kami merujuk kepada PETISYEN PEGUAM berkenaan implikasi keputusan kes Mahkamah Persekutuan Iki Putra v Kerajaan Negeri Selangor (“Kes Iki Putra”) yang pada masa ini telah mendapat ratusan sokongan peguam-peguam.

2. Berdasarkan kepada petisyen di atas, kami percaya dan berpandangan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Iki Putra bakal membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah Shariah yang tersedia ada sayugia melumpuhkan langsung sistem jenayah Shariah di Malaysia. Mahkamah Persekutuan telah mengambil pendekatan yang berlainan dari keputusannya sebelum ini dan ini bakal menutup ruang gubalan Enakmen jenayah Shariah negeri-negeri di Malaysia yang sudah diamalkan sekian lama. Kami mahu keadaan ini diperbetulkan.

3. Di dalam kes tersebut, Mahkamah telah sebulat suara menentukan bahawa, walaupun negeri mempunyai bidangkuasa luas untuk menggubal undang-undang Shariah menurut “perintah agama” Islam, tetapi bidangkuasa ini tidak boleh menyentuh apa-apa perkara berkenaan “undang-undang jenayah”/ “criminal law” kerana perkara “criminal law” adalah dalam bidangkuasa Persekutuan.

4. Mahkamah telah mengambil takrifan yang luas bagi maksud “criminal law” untuk bidangkuasa persekutuan. Apa-apa peruntukan undang-undang yang membawa kepada hukuman misalnya denda atau penjara boleh disifatkan sebagai “criminal law”.

5. Apabila Mahkamah mengambil pendekatan yang seluas begini, maka ia akan bertindih dengan banyak peruntukan jenayah Shariah kerana peruntukan jenayah Shariah juga bersifat kepada penghukuman seperti penjara atau denda. Yang lebih menekan adalah apabila Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang jenayah Shariah tetap terbatal walaupun tidak wujud undang-undang jenayah sivil selagimana isi kandungan/ “pith and substance” undang-undang Shariah menyentuh perkara “criminal law”.

6. Ini jelas mempunyai implikasi yang terlalu luas. Tiada lagi ruang untuk mengharmoni dan menyelaraskan undang-undang jenayah sivil dan Shariah yang tersedia ada. Pindalah macam mana cara pun enakmen jenayah Shariah, selagi mana isi kandungannya menyentuh “criminal law” ia tetap terbatal.

7. Selain itu, kes Iki Putra ini juga menghasilkan kelompongan di mana tiada badan samada persekutuan atau negeri yang boleh menggubal jenayah Shariah di negeri-negeri. Kita ambil contoh kesalahan berjudi yang jelas haram di sisi agama Islam. Selama ini, Enakmen jenayah Shariah memperuntukkan perjudian sebagai satu kesalahan bagi seorang muslim yang boleh dihukum dengan denda atau penjara. Ini jelas bertindih dengan hal kesalahan perjudian yang termaktub di bawah bidangkuasa “Criminal law” di bawah Perlembagaan. Maka jika kita mengikut keputusan kes Iki Putra, peruntukan perjudian Shariah bakal dibatal jika dicabar di mahkamah kelak dan negeri-negeri akan tiada lagi kuasa menggubal kesalahan perjudian bagi orang Islam sahaja. Ini juga boleh terpakai untuk kesalahan-kesalahan lain seperti minum arak, zina dsbg.

8. Masalahnya bidangkuasa Parlimen pun terhad. Menurut Fasal 74 Perlembagaan, Parliamen tidak mempunyai bidangkuasa menggubal perkara dalam senarai negeri termasuklah undang-undang jenayah bagi orang Islam, kecuali untuk Wilayah Persekutuan. Jadi kalau kita ikut kes Iki Putra, bukan sahaja negeri-negeri tidak boleh menggubal kesalahan berjudi bagi umat Islam, Persekutuan pun tidak boleh juga kecuali di Wilayah Persekutuan. Bukankah ini satu keadaan yang sungguh “absurd”? Tidak mungkinkan Perlembagaan diolah oleh penggubal perlembagaan supaya tiada seorang pun yang boleh menggubal sedemikian?

9. Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami berpandangan dan percaya kes Iki Putra ini menggugat sistem jenayah Shariah yang diamalkan selama ini dan bakal melumpuhkannya selama2nya.





10. Kami, sebagai rakyat Malaysia jelas, dari sebelum 1957, bahawa umat Islam tertakluk kepada dua undang-undang. (“Duality of Laws”) Satu undang-undang sivil dan satu lagi Shariah. Walaupun ia menimbulkan keadaan di mana satu perbuatan itu salah kepada muslim dan tidak salah kepada bukan muslim dan dengan itu diskriminatif, ini adalah apa yang diminta diamal oleh umat Islam dari sebelum merdeka lagi. Umat Islam mahukan mereka tertakluk kepada “social order” atau “personal law” Islam dan tiada masalah dengan diskriminasi ini. Mereka tidak mahu disamaratakan dengan bukan Islam dalam hal ini. “No equality of law”.





11. Amalan “duality” ini termaktub di dalam Perlembagaan. Fasal 8 Perlembagaan kita menuntut kesamaratan di mana “everyone is equal before the law” dan tiada diskriminasi berdasarkan agama  dibenarkan.  Tetapi prinsip ini tidak mutlak. Prinsip kesamarataan ini diberi pengecualian selagimana diperuntukan sebaliknya di dalam Perlembagaan. Dan Jadual 9 Perlembagaan dengan jelas membenarkan setiap negeri menggubal undang-undang jenayah Shariah yang terpakai untuk orang Islam sahaja yang jelas bertentangan dengan konsep kesamarataan.

12. Masalah utama kita adalah golongan yang mahu samaratakan kita. Cabaran demi cabaran dibuat di mahkamah untuk samaratakan umat Islam. Mereka ini tidak faham sejarah dan kompromi-kompromi Perlembagaan yang kita sepakati selama ini. Dan yang sedihnya Muslim yang terlibat tidak faham implikasi mencabar cara begini. Akhirnya seluruh sistem perundangan jenayah Shariah bakal runtuh.

13. Sebagai rakyat Malaysia kita bantah kesamarataan ini. Umat Islam di sini mahu melaksanakan hak beragama mereka supaya tertakluk kenapa “duality of laws” dan kita hormati kehendak dan tradisi ini. Rata-rata umat Islam mahu amalan yang lama ini dikekalkan dan permintaan ini tidak langsung menyentuh hak bukan Islam.

14. Oleh kerana keputusan mahkamah ini menyentuh Perlembagaan kita, maka kita tiada pilihan untuk mendesak Perlembagaan dipinda. Kita mahu undang-undang jenayah Shariah yang tersedia ada dipertahankan. Kita mahu Perlembagaan kita dipinda kepada keadaan sebelum keputusan kes Mahkamah Iki Putra.

Dengan itu, kami yang dinyatakan di bawah ini, menyokong penuh petisyen untuk mempertahankan bidangkuasa jenayah Shariah dan meminda Perlembagaan seperti yang dicadangkan di atas.

[color=var(--accent)][url=https://www.facebook.com/hashtag/pertahankanshariah?__eep__=6&__cft__[0]=AZWg6RtEK5zdAL0hGLleFluFArTMniVoUotQc6Wckpt7HKeHWJDADWjQhK_r6mXtv2GDic_7oljS9jKGa3dT5u8d5PxlxQB4XTnbCn81gW_Sow6xTxubghw50RZ8EHlCHag9d1Eh5GqiJBcp7GCmpxAr&__tn__=*NK-R]#PertahankanShariah[/url]
[color=var(--accent)][url=https://www.facebook.com/hashtag/pindaperlembagaan?__eep__=6&__cft__[0]=AZWg6RtEK5zdAL0hGLleFluFArTMniVoUotQc6Wckpt7HKeHWJDADWjQhK_r6mXtv2GDic_7oljS9jKGa3dT5u8d5PxlxQB4XTnbCn81gW_Sow6xTxubghw50RZ8EHlCHag9d1Eh5GqiJBcp7GCmpxAr&__tn__=*NK-R]#PindaPerlembagaan[/url]



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 06:51 PM | Show all posts
kenapa masa ini juga semua benda berlaku???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.087084 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list