CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4578|Reply: 32

Buat Naya -Order Banyak, Pelanggan Lesap! Rider Terkedu Tengok Harga Lebih RM100

[Copy link]
Post time 8-2-2021 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara pelanggan tidak dapat dihubungi, seorang penghantar makanan berputih mata apabila pesanan tersebut terpaksa dibatalkan.


Menerusi klip video menerusi aplikasi TikTok yang kini tular, pemuda berkenaan meluahkan kekecewaannya mengenai pesanan pelanggan berharga lebih RM100.


Berhenti di tepi jalan di tengah panas terik, dia kemudian membuka kotak penghantarannya bagi menunjukkan pesanan pelanggan berkenaan yang begitu banyak.


Berkongsi pengalaman itu kepada mStar, penghantar makanan tersebut, Anas Mansor berkata, kejadian berlaku pada tengah hari Rabu lalu di Seberang Prai, Pulau Pinang.




Kredit foto: mStar Online




Pemuda berusia 22 tahun itu memberitahu, selain penghantar makanan tidak dapat dihubungi, lokasi penghantaran juga didapati tidak lengkap.


"Walaupun syarikat yang bayar ganti rugi kepada kedai, tetapi pelanggan kena tahu yang kami sebagai penghantar makanan kejar masa untuk mendapatkan komisyen.


"Bila lokasi penghantaran tak lengkap, saya tercari-cari tengah panas. Pelanggan pula tidak dapat dihubungi, masa tu terdiam sebab terkilan," katanya ketika dihubungi sambil menjelaskan dia tidak membatalkan pesanan tersebut, sebaliknya khidmat sokongan, berikutan pelanggan tidak dapat dihubungi.


Anas berkata, pesanan berjumlah kira-kira RM110 itu meliputi sembilan minuman sejuk, yang boleh melegakan tekak sekumpulan individu ketika cuaca panas.




Kredit foto: mstar online




"Saya terfikir-fikir, adakah saya perlu jual atau buang saja pesanan itu. Buat apa saya nak jual kerana ia bukan milik saya, kalau nak buang pula membazir.


"Jadi, saya ambil keputusan untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukannya ketika cuaca panas terik," ujarnya yang juga berasal dari Seberang Prai.


Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, individu-individu yang menerima minuman tersebut terdiri daripada dua penghantar makanan, empat penjual jeruk mangga dan dua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.






"Dalam cuaca panas terik tu, saya dipertemukan dengan orang yang benar-benar memerlukan minuman. Rider tu saya jumpa di tepi jalan, penjual jeruk mangga berniaga dekat persimpangan jalan dan pelajar yang duduk berteduh di hentian bas.


"Ada seorang lagi yang saya tak rakamkan dalam video, turut menerima baki air minuman. Saya serahkan kepada seorang budak lelaki berusia lingkungan 10 tahun dekat sebuah taman permainan di sebuah pangsapuri.


"Dia mulanya takut-takut, tapi saya maklumkan air minuman tersebut adalah percuma. Dia ambil, mengucapkan terima kasih sebelum berlari untuk berjumpa dengan seseorang yang mungkin kawannya," ujarnya yang bertugas sebagai penghantar makanan sejak hampir setahun lalu.







Anas yang kini menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan di Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) di Kuala Kangsar, Perak, menyelami situasi dan perasaan yang dialami penerima-penerima air minuman berkenaan.


"Hujan panas adalah perkara biasa bagi kami untuk mencari rezeki. Saya pernah berhenti di tepi jalan untuk berehat sebentar di tengah panas terik. Tekak rasa kering haus sangat nak minum air tapi perlu sambung ambil dan hantar pesanan pelanggan.




  



"Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada pelanggan supaya pastikan alamat penghantaran benar-benar lengkap selain mudah untuk dihubungi, malah meletakkan nota sekiranya pesanan dibuat untuk orang lain.


"Bukan setakat pelanggan je nak cepat dapatkan pesanan, kami juga kejar masa untuk buat penghantaran lain. Adalah lebih baik kita memudahkan antara satu sama lain," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online   

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2021 12:35 PM | Show all posts
sebab tu panda grab delivery semua kena hapuskan sistem COD..
semua order kena bayar online..
takde online banking kau keluar la beli sendiri..
kalau malas, selayaknya mati reput kebuluran..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 12:43 PM | Show all posts
awat xde keje dajalkn rider mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:00 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-2-2021 04:35 AM
sebab tu panda grab delivery semua kena hapuskan sistem COD..
semua order kena bayar online..
takd ...

Sistem COD ni menyusahkan orang lain, memang patut dihapuskan, kat ofis ni dah beberapa kali kena dahulukan duit bayar COD seorang staff ni sebab dia ni asyik tiada di pejabat apabila courier sampai, nasib baik dia ni jenis bayar balik, tapi tu la menyusahakan juga sebab pernah COD sampai RM500 lebih, terpaksa lah kitaorang kongsi dengan staff lain sebab kasihan dengan penghantar courier tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu iols pernah terkena. Kesian dia panas2 hujan2 cari duit..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:08 PM | Show all posts
Supersirap replied at 8-2-2021 01:00 PM
Sistem COD ni menyusahkan orang lain, memang patut dihapuskan, kat ofis ni dah beberapa kali kena  ...

courier tu tak call dulu ke sebelum datang?
kalau dah menyusahkan kawan-kawan, memang patut korang sekolahkan kawan korang tu..
bayar je la online..
apa masalahnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2021 01:16 PM | Show all posts
Makin kerap pulak kes macam ni terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:18 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-2-2021 05:08 AM
courier tu tak call dulu ke sebelum datang?
kalau dah menyusahkan kawan-kawan, memang patut koran ...

Courier tel kawan I ni nanti kawan i wassup dalam group untuk sediakan sekian-sekian jumlah untuk diberikan kepada courier
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2021 01:21 PM | Show all posts
Supersirap replied at 8-2-2021 01:18 PM
Courier tel kawan I ni nanti kawan i wassup dalam group untuk sediakan sekian-sekian jumlah untuk  ...

lain kali suruh dia transfer je masuk akaun sapa-sapa kalau nak suruh bayarkan dulu..
kan dah susahkan orang kalau takde bawa cash nak bayarkan..
or else tinggal duit siap-siap kalau dah tau ada order tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap: Courier tel kawan I ni nanti kawan i wassup dalam group untuk sediakan sekian-sekian jumlah untuk diberikan kepada courier

Kalau i buat xtaw je.. bg dia insaf..
Kalau nak cod buat alamat rumah or bg duit awal2..
Sekarang sume da pkai debit card patut xde alasan dah utk xpay online..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 8-2-2021 01:00 PM
Sistem COD ni menyusahkan orang lain, memang patut dihapuskan, kat ofis ni dah beberapa kali kena  ...

Kwn u tu tk pndai byr online ke?Dh thu selalu tkde dkt office knp nk COD tk pn klau nk byr cash sgt byr je la kt 7E
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa simpati pulak pd mereka2 ni. Sayu rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 02:31 PM | Show all posts
tanya je la eh... kalo kata abg panda ni da bayar kan dulu kat resto kan, pastu dia claim cash kat buyer. tp tup2 kes buyer hilang gini, abg panda tu dapat ke balik duit yg dorg da bayarkan tadi kat resto tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 02:41 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-2-2021 04:35 AM
sebab tu panda grab delivery semua kena hapuskan sistem COD..
semua order kena bayar online..
takd ...

meols setuju dengan pemansuhan sistem cash payment ni.

Dulu Uber pun mengalah sebab Grab perkenalkan sistem bayar tambang secara cash.. lama-lama Uber pun terpaksa follow the game, terima cash.. sebelum ni cuma boleh pakai credit card / debit card je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dats why ai komen sebelum ni,,NO MORE COD!!! ko nak biarkan dorg terus menerus kena tipu mcm ni??kalau guna online,at least secure laa sket, payment dah dpt..xde laa nak naya org lain!

And dpt pupuk rasa BERTANGGUNGJAWAB pembeli tu jgk..utk x sesuka hati cancel order..pay full amount utk order..kalau cancel order last minute,refund 50% jah..xpun xyah refund lgsg..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 03:29 PM | Show all posts
org nak pull a prank mcm ni dekat rider yang gigih cari rezeki iols doakan theyol bankrap selama tujuh keturunan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2021 06:22 PM | Show all posts
seronok ke naya orang????
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 09:47 PM | Show all posts
patut la area aku ramai guna grab

foodpanda tak main la

haaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 8-2-2021 01:18 PM
Courier tel kawan I ni nanti kawan i wassup dalam group untuk sediakan sekian-sekian jumlah untuk  ...

amboii senangnya idup dia...

aku ni klh courier hantar brg, nk mtk kawan tlong ambikkan je pun segan, ini kan pulak mtk tlong byr dlu..malu la sshkn kwn2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknyaa. Kenapa lah buat org lain mcm tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053981 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list