|
Gambar yang dikongsi oleh Mawar Rashid baru-baru ini telah mengundang pertanyaan segelintir netizen.
Susulan itu Mawar telah memuat naik paparan skrin komen netizen yang mempersoalkan kenapa dia jarang berkongsi gambar bersama dua orang anak tirinya.
Kata Mawar dia tak pernah mengetepikan anak tirinya yang kini menetap bersama ibu mereka.
Foto: IG
"Saya terima beberapa komen kata kenapa tak post Rayyan dan Raysaa. Ni jawapan dia, pertama mereka duduk dengan mak mereka. Jadi, mereka tak ada kat rumah saya.
"Kalau setiap waktu mereka kat rumah kami, sudah tentu kami akan masukkan mereka. Ingat saya dan Raf ni, mak bapa yang kejam ke tak nak masukkan anak yang lain.
"Kedua, saya pun tak nak post banyak-banyak atau lebih-lebih. Saya tak perlu jelaskan perkara itu," jelasnya menerusi IG Story.
Foto: via mStar Online
Sementara itu Mawar juga berkongsi paparan skrin mesej positif daripada netizen yang memintanya mengabaikan sahaja perkara tersebut.
Bukan itu sahaja, Mawar juga menegaskan yang dia tak perlu memberi penjelasan untuk membuktikan kasih sayangnya.
"Apa-apa pun, saya tak perlu beritahu anda semua apa-apa tentang sayang saya terhadap keluarga saya, janji saya bahagia dengan kehidupan saya dengan suami dan anak-anak.
"Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu. Jadi, tolong jangan nak menggelabah sangat. Bukannya tak post langsung gambar berenam. Cuba scroll bawah kat IG saya, jangan fitnah la!
"Cukup-cukup buat dosa. Jangan nak cepat hukum seorang ibu tiri. Besar pahala mak tiri ini... tolong besarkan, mendidik anak-anak sedangkan orang di luar sana mencaci.
"Besar pahala mak-mak tiri ini. Jangan risau mommies, saya bersama anda. Saya okey, gembira sebab Allah kan ada. Saya tak perlu bukti kepada sesiapa pun." -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|