|
|
Aman Ra memohon semua pihak memberi ruang kepadanya berikutan terpalit kontroversi mempunyai skandal dengan seorang wanita seperti didedahkan isterinya di Instagram Story.
 Kredit foto: IG
"Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin. Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi," kata Pegawai perhubungannya, Joe Saiful.
Menurut laporan Harian Metro, seorang wanita dipercayai isteri kepada penyanyi rap itu sebelum ini membuat pendedahan mendakwa suaminya curang dengan wanita lain.
Dia meluahkan perasaanya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.
Katanya, rumah tangga mereka mula berantakan selepas suaminya kantoi curang sehingga nekad menghalau suaminya dari rumah kerana tidak tahan dirinya ditipu.
Selain meninggalkan keluarga yang sedang sakit demi menjaga kekasihnya itu, suaminya juga sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya.
Sehingga kini, orang ramai masih berteka-teki mengenai identiti skandal penyanyi itu.
Dalam masa sama, status terkini pasangan suami isteri itu juga masih tidak diketahui walaupun mendakwa suaminya sudah melafaz cerai sebanyak empat kali. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|