View: 1656|Reply: 3
|
'Kau Sembang Covid Ni Teori Konspirasi, Bila Positif Kami Yang Letih'
[Copy link]
|
|
Pandemik Covid-19 mencatatkan lebih 230,000 kes di negara ini dengan angka kematian mencecah hampir 900 kes, namun masih terdapat segelintir pihak mendakwa Covid-19 sebagai teori konspirasi.
Kredit foto: The Star
Namun, apa yang pasti petugas barisan hadapan atau frontliners yang lebih memahami situasi yang bukan sahaja berlaku di negara ini, malah di kebanyakan negara seluruh dunia.
Begitulah luahan seorang frontliner mengenai keadaan yang menimpa dirinya termasuk rakan-rakan setugas dalam memerangi wabak itu.
Kredit foto: The Star
"Kerja tanpa cuti, tak jumpa famili dah berbulan-bulan lamanya. Sahabat seorang demi seorang positif. Pilu hati bila terpaksa jemput sahabat untuk dihantar ke hospital.
"Keluarga meraung-raung, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sebab mereka tahu andai kata terkorban, tak boleh nak lihat jenazah untuk kali terakhir," tulis seorang frontliner di laman Facebook bernama Mat Yoe.
Kredit foto: The Star
Dia yang bertugas di sebuah pejabat kesihatah daerah (PKD) berkata, dalam mereka sibuk bertugas, ada segelintir pihak yang sibuk membuat teori konspirasi mengenai Covid-19 dengan hanya duduk tenang di rumah.
"Kau duduk goyang kaki kat rumah dok sibuk canang Covid ni teori konspirasi. PM (Perdana Menteri) buat live, kau masuk kutuk PM. BPN (Bantuan Prihatin Nasional) kau tibai.
"uas-puas belek aplikasi Foodpanda lepas tu order. Shopee buka 12 kali sehari. Order dan order. Kau layan Netflix, layan YouTube... kami pukul 1,2 pagi dok atas jalan raya," katanya yang merujuk kepada pesakit Covid-19 yang dibawa ke hospital atau pusat kuarantin.
Kredit foto:
Menurut Mat Yoe, mereka yang mendakwa Covid-19 sebagai teori konspirasi tidak menyelami situasi frontliners, malah tidak berjumpa dengan pesakit yang dijangkiti virus itu.
Tambahnya, golongan berkenaan hanya mendakwa data berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekadar rekaan semata-mata.
Kredit foto: FB
Sebaliknya, Mat Yoe menjelaskan bahawa 'kekuatan' frontliners hampir lumpuh dan bebanan kerja meningkat sebanyak 200 peratus berikutan lambakan kes saban hari.
Sehubungan itu, dia mengingatkan pihak yang mendakwa Covid-19 sebagai teori konspirasi bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
entah
teori konspirasi la, teori graviti la
semua gomen wat salah tk penah betul la
dasar tak reti bersyukur puak2 ni
eloknye mampus kena cirit birit puak2 tongong ni
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
elok yg dok berteori tu kena covid
baru tau real ke konspirasi |
|
|
|
|
|
|
|
geng nasik lemak letteewww
alergik tengok triangle
ada je merapu even dah bg facts
|
|
|
|
|
|
|
| |
|