View: 3388|Reply: 15
|
Genap Setahun Abam Bocey 'Pergi', Hidayah Sedekah Makanan Untuk Pelanggan
[Copy link]
|
|
Balu Allahyarham Abam Bocey, Nurhidayah Mohd Ali akan sedekahkan mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai HidayahAbamHamzah miliknya di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jalan Tebedu, Sabak Bernam esok bagi memenuhi niat dibuat ke atas suaminya yang meninggal dunia pada 10 Februari, tahun lalu.
Nurhidayah ketika dihubungi berkata, disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tidak dapat membuat majlis tahlil buat Allahyarham suaminya itu.
Foto: IG
"Esok, genap setahun arwah pergi meninggalkan kami. Memandangkan penularan Covid-19 dan masih PKP, saya tak boleh buat majlis tahlil untuknya. Jadi, saya ada tempah mi kari dan bihun sup daripada adik, Mohammad Zainuddin Mohd Ali dan adik ipar, Nor Farhana Nordin untuk sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya esok.
"Saya sudah niatkan untuk Allahyarham suami, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan serta Allahyarham abang-ababg saya iaitu Rosli, Azmi dan Ismail Mohd Ali. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya ketika dihubungi Harian Metro di Sabak Bernam.
Nurhidayah mengakui, banyak liku dan cabaran hidup harus dilaluinya selepas arwah tiada, namun dia bersyukur Allah membantu mempermudahkan segala urusannya.
"Alhamdulillah, Allah ada. Walaupun terlalu banyak liku dan cabaran hidup saya sepanjang setahun selepas ketiadaan arwah, semuanya Allah permudahkan. Terima kasih kepada mak, abah dan keluarga.
"Selain itu, pada semua yang sentiasa menyokong saya, memberi kata-kata semangat, selalu mendoakan yang baik-baik untuk saya dan anak, termasuk buat arwah suami. Semoga segala doa yang baik-baik daripada kamu semua, berbalik pada kalian semua juga,' katanya.
Abam meninggal dunia di rumahnya, tahun lalu selepas dua hari mengalami demam. Arwah meninggalkan balu dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, kini berusia setahun tujuh bulan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga urusan Hidayah sekeluarga dipermudahkan Allah dan sentiasa dibawah Rahmat Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebak pulak rasa bila baca..sbb terkenang jugak keluarga yg dah pergi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Geram nengok hamzah , hensem nya dah besar nih !! Semoga Allah permudahkan lagi kesulitan Hidayah & family lepas nie yee ! Love uolls ! |
|
|
|
|
|
|
|
semoga Allah mudahkan kehidupan dayah & hamzah.. al fatihah buat abam |
|
|
|
|
|
|
|
Jap.je dah setahun....xlama lps ni ashraff sinclair pulak setahun.... |
|
|
|
|
|
|
|
semakin comel hamzah sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Setahun dah. Semoga terbela hidup diaorg dua |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga terus dimurahkan rezeki
|
|
|
|
|
|
|
|
Setahun dah ye... Al Fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Alfatihah
Few months ago kawan iols mimpi hadir wedding abam ngan dayah. Abam muka berseri2 di samping isteri dan rakan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah, bagus dayah ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|