View: 2842|Reply: 7
|
Anggota Pengurusan Terkejut Lihat ‘Babak’ Isteri Cium, Bisik Di Kaki Jenazah Sua
[Copy link]
|
|
Kasih hingga hujung nyawa, itulah yang dilalui oleh seorang isteri yang berdepan dengan ujian hebat apabila suami dijemput Ilahi.
Kesedihan wanita itu disaksikan oleh Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di Klang, Selangor, rakan gabungan badan bukan kerajaan, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).
Foto: SPJM
"Sewaktu menguruskan jenazah di bilik wakaf, saya diberi peluang untuk melihat bagaimana setianya seorang isteri kepada suami.
"Si isteri berbisik sambil menangis teresak esak sambil mencium berulang kali wajah arwah suaminya," menurut posting di laman facebook SPJM.
Anggota UKVJ itu bagaimanapun tidak memahami bahasa yang digunakan oleh wanita berkenaan sewaktu berbisik pada jenazah suaminya.
Menerusi borang maklumat yang diisi waris kepada arwah berusia 58 tahun yang meninggal dunia akibat sakit jantung, pasangan itu berasal dari Semporna, Sabah.
Foto: SPJM
"Dari apa yang saya tahu si isteri berbicara menggunakan bahasa atau dialek Bajau Sabah. Selepas mencium wajah arwah suaminya, si isteri beralih ke arah bahagian kaki.
"Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arwah suaminya, tetapi sangkaan saya meleset," katanya sambil menambah jenazah diambil dari bilik forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
Namun katanya, rupa-rupanya si isteri mencium kaki arwah suaminya sambil berbisik sesuatu dan menangis.
"Sepanjang menguruskan beratus jenazah, baru pertama kali saya melihat situasi tersebut berlaku. Ketika itu, saya yakin si isteri sedang meminta ampun daripada arwah suaminya.
"Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakannya, saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arwah," tambahnya.
Foto: SPJM
Menyaksikan situasi yang berlangsung selama 10 minit itu, mengingatkannya kepada ungkapan 'syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki seorang suami'.
"Kelakuan si isteri membuatkan saya terfikir... kasih sayang si isteri kepada suaminya cukup setia sehingga ke hujung nyawa.
"Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta kepada suaminya," katanya.
Foto: SPJM
Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seorang staf forensik di hospital, katanya, wanita itu memerlukan bantuan dari segi kos pengurusan jenazah suaminya.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam pada pukul 1.45 petang Isnin, dan segala kos pengurusan ditanggung oleh badan itu hasil sumbangan orang ramai. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oh igt dia silap.kaki ke kepala |
|
|
|
|
|
|
|
SPJM ni hampeh. Tu je nak bagitau. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada suami mmg kena cium kaki dia ker
sbg tanda syg/mintak maaf |
|
|
|
|
|
|
|
situasi biaslah neee
lagi 2-3 tahun nanges nak kawen lain |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang isteri kepada suami memang tiada berbelah bagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|