View: 1720|Reply: 5
|
Manusia tertua Eropah sembuh jangkitan Covid-19
[Copy link]
|
|
Manusia tertua Eropah sembuh jangkitan Covid-19
https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... jangkitan-covid-19/
Oleh KOSMO!
10 Februari 2021, 4:23 pm
RANDON memberitahu akhbar tempatan bahawa dia tidak sedar dijangkiti Covid-19. - AFP
PARIS – Seorang biarawati yang merupakan manusia paling tua di Eropah sembuh daripada jangkitan Covid-19 menjelang sambutan hari lahirnya ke-117, lapor Perbadanan Penyiaran Britain semalam.
Lucile Randon yang menggunakan nama panggilan Sister Andre sejak tahun 1944, disahkan positif saringan koronavirus pada 16 Januari lalu tetapi tidak mengalami sebarang gejala.
“Saya tidak sedar saya dijangkiti Covid-19” katanya kepada media tempatan.
Dia telah mengasingkan diri daripada penghuni lain di rumah jagaan warga tua di Toulon, selatan Perancis tetapi kini dianggap pulih sepenuhnya.
Randon yang buta dan menggunakan kerusi roda, kini tidak sabar untuk menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.
Bagaimanapun, dia akan mengadakan majlis yang lebih sederhana kali ini berbanding pada masa lalu.
Randon lahir pada 11 Februari 1904. Selain merupakan orang tertua di Eropah, dia juga adalah manusia kedua paling tua di dunia, demikian menurut satu senarai warga emas berusia 100 tahun dan ke atas.
“Dia sangat beruntung. Randon tidak bertanya tentang keadaan kesihatannya.
“Sebaliknya, dia lebih prihatin terhadap penghuni lain,” kata jurucakap rumah jagaan warga tua Sainte Catherine Labouré, David Tavella kepada akhbar tempatan, Var Martin. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sister Andre, Wanita Tertua Di Eropah Dilapor Sembuh Dari COVID-19, Bakal Sambut
Seorang biarawati Perancis yang merupakan warga emas tertua di Eropah dilaporkan selamat dari jangkitan COVID-19 beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke-117.
Lucile Randon yang juga dikenali sebagai Sister Andre disahkan positif COVID-19 pada 16 Januari lalu tetapi tidak mengalami sebarang gejala.
Menurut BBC, Lucile menjalani kuarantin di rumah persaraannya di Toulon, selatan Perancis tetapi kini dianggap pulih sepenuhnya.
Dia akan menyambut hari jadi ke-117 Khamis ini.
Dia yang juga buta dan menggunakan kerusi roda itu bakal menyambut hari lahirnya pada Khamis ini.
“Dia sangat bertuah,” kata jurucakap rumah persaraan Sainte Catherine Labouré, David Tavella.
David juga berkata bahawa Lucile tidak takut akan virus tersebut sebaliknya di sangat prihatin terhadap penduduk yang lain.
Lucile dilahirkan pada 11 Februari 1904. Selain menjadi orang tertua di Eropah, dia juga merupakan orang kedua tertua yang masih hidup di dunia.
Sumber: BBC/SK |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa petua nye nek?
Minum air herba bunga2 di musim bunga kah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|