View: 7160|Reply: 58
|
[Tempatan]
Syarat pengeluaran i-Sinar akan dimansuh. UPDATE. 14.6 juta pencarum KWSP layak
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 12-2-2021 10:04 AM
Syarat pengeluaran i-Sinar akan dimansuh – Tengku Zafrul
admin -
11 February 2021
KUALA LUMPUR – Syarat-syarat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Sinar akan dimansuhkan, kata Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz.
“KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.
“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Tengku Zafrul, pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.
Katanya, bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.
KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu:
a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.
Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP, dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.
Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran-saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli. – MalaysiaGazette |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya ada sinar juga kepada rakyat yang memerlukan kewangan di masa terdesak ini |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, jgn kena scam pulak yer.
Scammer tengah on your mark, get set... |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, adil bagi semua. |
|
|
|
|
|
|
|
..."akan"
hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat sayang balik abah..
berita buruk utk cluster mahkamah dan umno yg bakal haram |
|
|
|
|
|
|
|
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:08 PM
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Adik stinger pun... Satu satu lah... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya tongong2 ph nampak perkataan "akan"
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:08 PM
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Tu bukan janji PH kerajaan kurniaan Langit kesayangan geng keadilan utk semua dan urban berkerak? |
|
|
|
|
|
|
|
ko tngk la tongong2 ph tu ada bebunyi tak pasal ni?
tak kan?
biar la aku tolong bunyikan
pahala apa tolong orang
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:26 PM
ko tngk la tongong2 ph tu ada bebunyi tak pasal ni?
tak kan?
Hahaha hahaha mana boleh.. Sembahan geng keadilan utk semua dan urban berkerak mana ada salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat bebal mcm ko jek mudah tertifu dengan permainan abah
dan rakyat bijak tau siapa yg berjuang untuk rakyat sejak dulu,,yang hasilnya cuma ditiru ph dan pn
|
|
|
|
|
|
|
|
eh, lupa ke apa? si Bunga ni la serpihan PH, kenapa masih ada orang tak suka guna akal dikurniakan Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
AppropriateNick replied at 11-2-2021 07:55 PM
eh, lupa ke apa? si Bunga ni la serpihan PH, kenapa masih ada orang tak suka guna akal dikurniakan ...
Siannya... Aku bukan kisah bab bunga.. Kalau guna akal yg Allah bagi.. Tak la sokong membuta tuli si najib tu |
|
|
|
|
|
|
|
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:08 PM
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Dah pinjam kene la pulang balik... Dpt bayar pokok pun jadi lah..huhu seb iols x pinjam ptptn dulu... Ni dah bersinar2 ni bole le plan bayor balik ikut portion... Bijak merancang |
|
|
|
|
|
|
|
sekejap lagi ada syarat lah tu..minta itu ini...pemgesahan majikan bagai....baik tak payah.. |
|
|
|
|
|
|
|
AppropriateNick replied at 11-2-2021 07:53 PM
rakyat bebal mcm ko jek mudah tertifu dengan permainan abah
dan rakyat bijak tau siapa yg berj ...
macai umno bebal mcm ko je yg tertipu dgn abah kow..teruskan la bermimpi dgn perjuangan umno yg bakal diharamkan tu..
raykat lps dpt i sinar ni puji balik la abah kow..tak kisah dah kluster mahkamah berjemaah masuk jel dan parti keramat kena haram |
|
|
|
|
|
|
|
Jasa besar DSN
bukan lagi PM namun rakyat tetap di hati
terbaik Bossku |
|
|
|
|
|
|
|
OK jugak la semua dapat keluar... yang tak memerlukan dan bijak bole la at least boleh park kat mana2 dulu.. ada la cash on hand lebih sikit kot2 apa hal nanti.. kita bukan tau nasib masa depan. Company yang strong financially pun boleh je tetiba goyang. Yang keluar buat joli pun masing2 punya pilihan la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|