Kredit foto : Instagram Janna Nick
Pejam celik pejam celik rupanya pelakon jelita Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, sudah genap 10 tahun pembabitannya dalam industri seni.
Apa yang menariknya, dikhabarkan Janna kini meluahkan rasa teruja apabila dapat melebarkan sayap ke bidang pengarahan dan penerbitan.
Menerusi MStar, Janna memberitahu telefilem berjudul Delen merupakan percubaan pertamanya mengarah dan menerbitkan sebuah telefilem dan ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna.
"Memulakan bidang pengarahan dan penerbitan membuka pengalaman baharu untuk saya melihat skop pekerjaan dunia hiburan dengan lebih serius dalam perspektif lebih besar.
"Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja tapi apabila menjadi pengarah dan penerbit, saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya melihat ia memberi kesan dari segi kerjaya lakonan yang mana saya perlu lebih peka terhadap kerjaya pengarah dan penerbit.
"Apabila duduk dikerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi, sekarang baru saya faham setiap pengarah ada look dan feel yang mereka mahukan kerana pemahaman pelakon dan pengarah tak sama" katanya.
"Memandangkan Delen adalah buah tangan pertama syarikat saya, jadi, saya perlukan kritikan semua orang untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti kerja saya. Sekali gus saya dapat idea dari kritikan semua. Termasuklah, saya juga boleh tahu drama macam mana yang mereka nak tonton.
"Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tidak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar, lebih baik tegur dan kritik sekarang daripada tidak ada langsung.'katanya.
Kredit foto : MyInfoTaip
Untuk info, Delen yang akan ditayangkan pada Sabtu ini disaluran Astro Citra menampilkan sebuah kisah cinta remaja antara Delen (Sean Lee) dan Robert (Dini) yang merebut cinta Emily (Janna). Robert menganjurkan pertandingan berenang dan meletakkan syarat pemenang pertandingan itu akan berjaya memiliki cinta Emily.
Jangan lupa tonton dan selepas itu bolehlah bagi pendapat masing-masing tentang telefilem pertama arahan Janna. Semoga Janna terus maju jaya dalam bidang pengarahan dan dapat menghasilkan drama atau filem yang "meletup" suatu masa nanti. - CARI
|