Nama Mr Hu pasti tidak asing lagi bagi pelanggan Shopee khususnya barangan yang dihantar dari China. Ini kerana pesanan dari negara ini boleh dikatakan hampir kesemuanya akan dikirim oleh orang yang sama iaitu Mr. Hu.
Sebelum ini nama Mr Hu pernah trending di Twitter berikutan pengguna Twitter ingin tahu mengapa beliau sahaja yang kerap mengirim barang dari China. Terkini nama beliau sekali trending melalui ucapan Tahun Baru Cina oleh penerima barangan di Malaysia.
Tidak hanya menerima ucapan, para pengguna di Twitter yang pernah menerima barangan yang dihantar Mr. Hu juga turut berterima kasih serta memaparkan barangan yang diterima.
Untuk info, Mr Hu sebenarnya merupakan ejen atau individu yang bertanggungjawab menguruskan urusan pos sehingga diterima penerima di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh The Vocket.
Kredit foto: Twitter
Maka terjawab sudah siapa Mr Hu. Besar jasa beliau pada pembeli online khususnya yang dihantar dari China. Akan tetapi bagi barangan yang dipesan buat masa ini berkemungkinan mengambil masa yang lebih lama daripada kebiasaan berikutan cuti perayaan yang panjang di China. -CARI
|