View: 4906|Reply: 21
|
Kesian Ahmad Idham Kena Suruh Budak Dia Soal Siasat Kita Masa Cuti Umum - Mike
[Copy link]
|
|
Dituduh melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana menjalankan penggambaran drama di kawasan terbuka atau outdoor, pengarah terkenal Michael Ang tampil menjelaskan situasi sebenar.
Menafikan produksinya tidak patuh SOP, Michael berkata penggambaran satu babak dalam drama tersebut dilakukan di hadapan pintu masuk sebuah hotel dengan kawalan ketat tidak seperti yang didakwa oleh seorang individu di media sosial.
Kredit foto: IG Mike
"Video (ini) menjelaskan kepada penggiat-penggiat seni, production manager (PM) Malaysia, persatuan-persatuan tersohor Malaysia dan produser-produser terkaya Malaysia yang menuduh aku tak ikut SOP sebab shoot outdoor tanpa memeriksa atau telefon bertanya kita, dia orang terus laporkan dan tularkan.
"Gambar pakcik (pelakon tambahan) tu ada orang yang minta dari runner dan sebarkan. Motif dia minta gambar pun saya tak tahu... sama ada orang suruh dia buat atau tak, aku husnuzon saja!
"Nampak pagar tu, masa aku shoot ditutup selepas (selesai penggambaran) dah buka semula, shoot kat sini ya, dalam kawasan hotel. Sisi (angle) gambar tu di ambil dari sini (berdekatan salah satu pintu hotel), tengok kawasan ni," katanya menerusi Instagram.
Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik video bukti menunjukkan lokasi penggambaran di sebuah hotel di Ipoh, Perak.
Michael turut berkongsi paparan skrin status yang ditulis seorang individu menerusi Facebook mendakwa produksinya mengabaikan SOP semasa menjalani penggambaran.
Difahamkan Michael dan team produksi sedang menyambung penggambaran drama Angkara Cinta.
Gara-gara status fitnah yang dibangkitkan oleh individu berkenaan, Michael berkata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meminta pasukannya melakukan pemeriksaan di lokasi penggambaran itu.
"Yang aku paling kasihan adalah pihak Ahmad Idham yang terpaksa menyuruh budak-budak dia untuk ke Ipoh pada hari cuti umum untuk soal siasat kita benda ni.
"Sudahlah kau orang yang busuk hati tu pergi dan bersihkan jiwa kau dan cari rezeki yang halal bukannya menutup periuk nasi kawan-kawan kau orang dan ahli persatuan kau orang," ujarnya.
Pada 8 Februari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan SOP untuk enam aktiviti pembangunan kandungan kreatif dibenarkan iaitu produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan penggambaran di studio.
Aktiviti penggambaran di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, penstriman secara langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.
Dalam perkembangan lain, kerajaan sedang memperincikan SOP bagi aktiviti penggambaran di luar studio atau outdoor termasuk acara siaran langsung dan tayangan di pawagam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, SOP bagi semua sektor itu sedang diperhalusi dengan jangkaan dibentangkan dalam masa terdekat.
Sumber: mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
si ang ni sjak kurus makin poyo lak
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh x malas nk baca sebab panjang sgt.
So komen sy.... OK next story |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad idham. Pendengki ke vmana.
Erk aku tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
dah go through pun still x phm gak.. so lantak korg laaa.. why bother.. |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh sangat ko ni layan porn like gambar lalucah pakai twitter sampai boleh kantoi
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe la Mike. Sekurang2nye ko tak ciom tiak busuk hakak andartu terlampau tu macam dia.. Demi sesuap watak. |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang berjela malas nak baca apatah lagi nak paham. Apa2 je lah mami |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm.. Ayah mike owner hotel waahh...anak org Kaya dia ni.. No wonder |
|
|
|
|
|
|
|
org komplen kata dia shoot outdoor time pkp, tapi dia shooting outdoor di dalam kawasan premis hotel. bukan outdoor tempat awam.. gitulah pemahaman aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya awloh, aboh aku pun pengarah pilem gak, macho & cool jerk. Kalau stress dimakinya hero/heroine yang sengal. Tak der meroyan manjang cenggini. So many bapuk in the industry, smh. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 16-2-2021 08:34 AM
org komplen kata dia shoot outdoor time pkp, tapi dia shooting outdoor di dalam kawasan premis hotel ...
Dan juga hotel tu arwah bapak Mike punya. So dia punya jugaklah kan. Masa shoot depan pintu masuk tu, dia kata hotel xbagi org keluar masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke hotel casuarina tu kepunyaan perak corp, yakni under pknp? ke share holder dia pknp, camtu lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan khir toyo tempe menjelma dari gua tadi.. tanjat gegurl |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu uols... hahaha member2 kementerian tau lah perangai heols semasa heols jadi leader pada satu organisasi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|