CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2220|Reply: 1

Bahaya Priapism, Zakar Yang Tegang Lebih 4 Jam!

[Copy link]
Post time 16-2-2021 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Bahaya Priapism, Zakar Yang Tegang Lebih 4 Jam!


Priapism adalah suatu keadaan dimana ketegangan zakar yang berterusan melebihi 4 jam menyebabkan kesakitan kepada lelaki walaupun tiada rangsangan seksual lagi. Dalam keadaan normal, apabila batang zakar mula mengendur selepas orgasm, darah mengalir keluar dari melalui saluran pembuluh darah pada zakar dan memasuki sistem peredaran darah tubuh.





Namun, dalam keadaan priapism ini, darah tidak dapat mengalir keluar dan kekal di dalam batang zakar.

Ini menyebabkan batang zakar kekal keras dan menyebabkan kesakitan kerana menegang terlalu lama dan tidak mendapat bekalan oksigen.

Punca sebenar yang boleh menyebabkan hal ini tidak diketahui dengan jelas.

Selalunya berpunca dari pembelian ubat kuat dan ubat perangsang seks yang dijual di tepi-tepi jalan.

Punca Zakar Tegang Terlalu Lama

Antara punca lain priapism berkemungkinan seseorang itu menghadapi masalah seperti pesakit yang mempunyai darah yang pekat akibat sickle-cell anemia atau leukemia.

Masalah kesihatan lain yang mengakibatkan darah pekat dalam badan boleh menyebabkan priapism.

Kesan buruk priapism ialah, ia boleh menyebabkan parut yang teruk pada batang zakar, sehingga menyebabkan kegagalan untuk zakar keras semula apabila dirangsang dan keadaan ini dinamakan sebagai 'mati pucuk'.

Komplikasi yang lebih serius ialah sel-sel pada batang zakar menjadi mati (ischemia), pembentukan darah beku dalam batang zakar dan akhirnya menjadi hitam gelap dan mati.


Oleh itu berhati-hatilah menggunakan sebarang ubat perangsang yang terlalu kuat seperti Viagra. Dapatkan nasihat doktor untuk menambahkan kekuatan 'batin'.


Semoga memberi manfaat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2021 01:49 PM | Show all posts
ni mesti kes cabut lepas subuh. orang lain cabut 5 minit. natang mu cabut lepas subuh. bengkak poen tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list