CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3021|Reply: 13

Aliff Aziz Sambut hari lahir ke-30

[Copy link]
Post time 18-2-2021 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 25-2-2021 08:01 AM

Sambut hari lahir ke-30, Bella Astillah doakan Aliff Aziz jadi suami yang baik

Selepas melalui beberapa fasa kontroversi, hubungan pelakon Bella Astillah dan suaminya Aliff Aziz kini dilihat gembira dan bahagia dalam menjalani rumah tangga.

Semalam, menerusi akaun Instagram Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-30.

Tiada kata2 dapat diucapkan

  


Menerusi posting tersebut, aktres berusia 27 tahun itu sempat menitipkan ucapan yang bermakna buat suami tercinta selain memakai pakaian berwarna sedondon sebagai tema pilihan mereka.

“Happy birthday b, semoga Allah SWT sentiasa memberkati awak dan menjadi seorang anak yang baik kepada umi, ayah, abang yang baik…
“…suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, insyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.



Posting pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu dibanjiri komen netizen yang turut mengucapkan selamat hari lahir buat Aliff serta mendoakan agar hubungan yang terjalin kekal selamanya.

“Terima kasih, ‘love you’ sayang!”



Moga sentiasa bahagia bersama ‘family’




Wah makin bahagia pasangan selebriti ini. Alhamdulillah, semoga kekal hingga ke syurga dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Amin!

Sumber: Instagram Bella Astillah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2021 10:27 AM | Show all posts
Wah, meletop semua hadiahnya!



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 11:11 AM | Show all posts

Ucapan Cinta Bella Astillah Sempena Hari Lahir Aliff Aziz

Bersempena ulang tahun kelahiran suaimi yang ke-30, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ada menitipkan ucapan istimewa buat Aliff Aziz


Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendoakan agar suaminya terus menjadi seorang anak dan suami yang soleh serta mendapat rahmat Yang Maha Esa.


Bella turut berkongsi foto sambutan majlis hari jadi Aliff yang diraikan serba sederhana oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan di seluruh negara.




Foto: IG




“I don’t even know how to put into words how much I love you Happy Birthday b, may Allah s.w.t bless you always and menjadi seorang anak yang baik to umi ayah, Abg yang baik to ayden aisyah, suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak2 dan insan yang baik, InshaAllah.


“P/s: simple tapi balloon tu saya tiup sendiri tau Hope you like the present,” dedikasi Bella yang turut menyatakan rasa cintanya buat Aliff.




  



  



Aliff turut memberikan reaksi atas dedikasi yang diberikan menerusi ruangan komen.


Malah, peminat turut tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini seterusnya turut memberikan ucapan buat penyanyi asal Singapura itu.


Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016.


Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan bercerai pada Mei 2019 namun telah rujuk kembali semasa dalam tempoh iddah.




  



  



Selepas itu, Bella selamat melahirkan anak kedua mereka Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.


Anak sulung kepada pasangan ini yang bernama Ayden Adrean pula sudah mencecah usia 4 tahun. -CARI


Sumber: Media Hiburan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
B, B, ba alif ba ya ke. Meluat tengok seorang pompuan sangkak pada lelaki hopeless. Eh tetiba takleh wish mangkuk ni epi besday.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
geli nk tgk diorg ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2021 02:06 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 18-2-2021 01:39 PM
B, B, ba alif ba ya ke. Meluat tengok seorang pompuan sangkak pada lelaki hopeless. Eh tetiba takleh ...

pelik kisah aliff ni.. hal2 belaku smua pelik2.. yg mabuk gaduh lg kaw kaw
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2021 02:38 PM | Show all posts
piao replied at 18-2-2021 02:06 PM
pelik kisah aliff ni.. hal2 belaku smua pelik2.. yg mabuk gaduh lg kaw kaw

bak kata nitizenn la kan....
sebab lazzaatttttt... sebab tu dimaafkan...
hahahahhahahahaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by buapakperut at 18-2-2021 08:13 AM

so cringey yach... i tried so hard kekdahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 04:07 PM | Show all posts
untunglah...belum masuk bulan posa dpt makan kuih batang buruk...kenyang..tu sbb ayat2 romantis berbunga je
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 07:21 PM | Show all posts
awww so sweet yach lovey dovey
jap lagi keluar lagi seketul baby.. boleh la meols nak tengok the cycle yang sama terjadi atau tak sambil makan popcorn .
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hahahahah kan ajor
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 07:39 PM | Show all posts
kurusnya nabellah pinggang secekak je jeles sis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bahagia la ye. Semoga makin tua makin tgi kesedaran utk berubah jg suami n ayah yg lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 18-2-2021 07:39 PM
kurusnya nabellah pinggang secekak je jeles sis.

Kurus ler sis umo baru berapa belom 30an lg metabolism tggi lagi..sama jgk dgn body ank dara belom kwen wlaupun dah 30s..kwn iols umo 27 ank 3 masih lg sarung kebaya ketat mas,baru habis brpantang ank 3 tadi dah report dekat centre sheol dah nak kene fly balik...body secekak lg diet sikit kilo senang trun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.561362 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list