CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3213|Reply: 18

Gadis Lumpuh Tak Sangka Naik Pelamin Lepas Berkenalan Menerusi PUBG

[Copy link]
Post time 19-2-2021 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Cinta sejati tidak mengenal rupa paras atau keadaan fizikal seseorang.


Demikian gambaran tepat kisah pasangan pengantin muda ini yang mencuri tumpuan ramai, selepas video mereka diijabkabulkan menjadi tular di media sosial.




  






Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Najihah Nazri berkata dia sendiri tidak menyangka Muhd Irfan Zikri Mohd Ghazali, 22, begitu tekad mahu memperisterikannya walaupun dirinya tidak sempurna seperti wanita lain.

"Saya dan ayah kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah pada Februari 2018. Motosikal yang kami naiki dilanggar sebuah kereta. Ayah terseliuh paha, manakala saya patah leher dan mengalami kecederaan saraf tunjang.

"Saya masih tidak mampu berdiri atau berjalan. Setiap sebulan sekali saya perlu menjalani rawatan fisioterapi. Doktor tidak memberi jaminan bila saya akan sembuh 100 peratus sebab kecederaan saraf tunjang berbeza untuk setiap orang.

"Namun, saya tetap bersemangat dan positif untuk sembuh seperti sediakala tambahan pula suami sering memberikan kata-kata semangat. Begitu juga dengan netizen selepas video itu viral," kata gadis berusia 20 tahun ini.








Menyingkap serba sedikit kisah perkenalan mereka, gadis yang senang disapa sebagai Najihah ini berkata, dia dan suami berkenalan menerusi platform permainan dalam talian iaitu PlayerUnknown’s Battleground atau PUBG, pada September tahun lalu.


Tidak berapa lama selepas berkenalan, menurut Najihah, lelaki berkenaan meluahkan hasrat untuk bertemu dengannya.

"Masa suami beritahu nak jumpa, saya menolak sebab takut dia tak boleh terima keadaan saya. Tapi dia berkeras nak jumpa dan datang rumah. Dia siap hubungi ibu saya, dan ibu beritahu, datanglah rumah dahulu lihat Najihah kalau ikhlas nak berkawan.

"Selepas datang ke rumah kira-kira dua minggu selepas kenal, rupa-rupanya suami semakin mahu berkenalan lebih rapat dengan saya. Awal November, dia luahkan hasrat mahu halalkan saya di hadapan ibu.

"Saya mulanya ragu-ragu sebab pertamanya, kami masih muda dan kedua, takut dia main-main. Kemudian ibu minta dia bawa keluarga, sebab takut keputusan itu hanya keputusan sendiri.

"Kemudian dia bawa keluarganya... Alhamdulillah, keluarganya menerima saya seadanya dan terus tetapkan tarikh nikah. Akhirnya kami selamat diijabkabulkan pada 12 Februari lalu," katanya yang berasal dari Dungun, Terengganu.




Kredit foto: IG @jixhah_




Tambah Najihah yang merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik ini, keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu membuatkan hatinya terbuka dan yakin untuk menerimanya sebagai suami.

"Selepas kemalangan, saya agak tertekan... sebab diri tak seperti dulu. Saya tak mahu jumpa orang, orang beri kata-kata semangat pun seperti 'tak masuk' dalam kepala.

"Namun semuanya berubah selepas kenal dengan suami. Dia ikhlas, bersungguh-sungguh dan tak putus-putus memberi kata-kata sokongan kepada saya. Kehadirannya ibarat sinar yang menerangi kehidupan saya semula.

"Saya jujurnya tak sangka video tu viral. Mesej yang cuba saya sampaikan, kekurangan diri bukanlah penghalang untuk bahagia.

"ada mereka yang juga mengalami keadaan seperti saya, jangan down terlalu lama... bangkit cepat supaya boleh sembuh cepat," ujarnya lagi.




Sumber: mStar

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, moga berkekalan hingga ke jannah. Moga najihah juga kuat semangat agar dpt pulih semula spt sediakala. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:28 PM | Show all posts
makin ramai la bbnu menggedik kat pubg lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko cuma takleh berjalan je tapi muka ko lawa. Haruslah ada je lelaki yang nak. Itulah huntongnya lawa dan segak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:44 PM | Show all posts
lawo adik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh...jodoh itu rahsia Allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: makin ramai la bbnu menggedik kat pubg lepas ni


Memang ramai
Anak ai yg 9 tahun pernah main
Suara bdk ppuan remaja agak kecewa
Alamak bdk kecil
{:run
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:03 PM | Show all posts
Ada rupa pasti ada yang mahu walau ada kekurangan apa pun tahniah buat mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 04:07 PM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Làlisá This user has been deleted
Post time 19-2-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku jumpa bf dalam PUBG gak.. tapi idok la menggedik.. bf aku tu 10 tahun muda dari aku and non muslim.. tapi aku nampak la kesungguhan dia tu.. dia konsisten simpan duit dalam account aku untuk pinang aku nanti.. Alhamdulillah dialah yang selalu ingatkan aku untuk solat bila dah masuk waktu.. kalau tak dulu PUBG dulu solat kemudian.. sekarang idok lagi.. solat dulu baru PUBG sekaligus rasa macam ni lah cara Allah nak tegur aku.. minta tolong doakan urusan kitaorang dipermudahkan nanti.. aamiin.. {:love{:love{:love
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah. disebalik kekurangan ttap ade yg sudi melengkapi. semoga kekal bhgia hingga jannah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 09:51 PM | Show all posts
Semoga bahagia dik...insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sok dh pregnant,  beranak lg mencabar

22 nmpk matang btl laki tu

Jgn pubg sgt lh lps ni

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 12:29 PM | Show all posts
semoga berbahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 06:31 AM | Show all posts
semoga berbahgia dan semoga najihah boleh berjalan seperti biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 09:33 AM | Show all posts
mijot replied at 10-3-2021 06:31 AM
semoga berbahgia dan semoga najihah boleh berjalan seperti biasa...

ot jap

terbaca signature u, kebetulan i tgh kemas+ambil pic novel2 kat rak yg bertimbun2 ni nak jual. siap berhabuk pun ada ni.hihi

cantik adik ni, semoga bahagia ke akhir hayat dan kembali sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berbahagia dik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah xde ig nya. Hopefully baik2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:28 PM | Show all posts
semoga bahagia hingga ke jannah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.120123 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list