pabila selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, Zahril Hafiz, pada 9 pagi hari ini. Syanie atau nama penuhnya Syaniza Hisham, 47, berkongsi foto bersama suami di Instagram Story miliknya sebentar tadi. “Alhamdulillah dah selamat diijabkabulkan. Terima kasih semua atas doa kalian,” ujarnya pada kapsyen gambar bersama suami. Bagaimanapun pelakon Cinta Luar Biasa itu tidak berkongsi butiran lanjut berkenaan majlis pernikahan kali ketiganya itu. Sebelum ini Syanie turut mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan tentang hubungan cintanya dengan suami, termasuk majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada tahun lalu. Terdahulu Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 sebelum berpisah pada 2002. Manakala perkahwinan keduanya pula dengan Nadi Putera Mohammad Zainol pada 2014 pula bertahan selama dua tahun.
|