View: 5712|Reply: 64
|
Beri kelonggaran murid berpakaian bebas di sekolah - Ahli Parlimen Pembangkang
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang memohon agar golongan pelajar sekolah rendah dan menengah, yang bakal memulakan kembali persekolahan secara berperingkat bermula 1 Mac ini, diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kelonggaran itu wajar bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kumpulan berkenaan berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mempertimbangkan kelonggaran berkenaan, sekurang-kurangnya untuk tahun ini.
“Pihak KPM juga hendaklah memberikan kelonggaran terhadap isu pakaian rasmi sekolah. Ramai ibu bapa yang telah terbeban dengan pandemik dan telah berbelanja besar untuk pendidikan anak-anak.
“Kelonggaran untuk berpakaian bebas harus diberikan sekurang-kurangnya untuk tahun ini memandangkan adanya kebarangkalian sekolah akan ditutup kembali jika PKP dilaksanakan semula,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada 19 Februari lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin kesemua sekolah di bawah KPM akan dibuka secara berperingkat, bermula 1 Mac ini.
Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan perasaan berbelah bahagi kepada beberapa pihak, memandangkan ibu bapa dan guru telah melakukan persiapan bagi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), termasuk penyediaan modul dan pembelian tablet.
Sumber: Astro Awani |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kaka setuju cadangan ni. Kesian kat parents yg bergolok gadai baru beli gadget utk pdpr. Ni nak keluar duit utk beli baju, kasut dan kelengkapan lain pula. Pendapatan ibu bapa banyak yg terjejas zaman kobid ni. Tak lama lagi nak raya pula.. takut sekolah buka sekejapan lalu tutup kembali |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf, anda bukan kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
pada hemat saya, murid2 mesti memakai seragam sebab:
1. persediaan ke sekolah sepatutnya telah dibuat bulan Disember lepas sewaktu kita semua sudah boleh merentas negeri.
2. juga boleh memakai pakaian lama (kalau dah gemuk sebab terperap di rumah, masih boleh alter).
3. murid berpakaian seragam lebih mudah dicam sebagai budak sekolah.
4. memakai pakaian seragam boleh meningkatkan tahap keselamatan budak2. pengguna jalanraya akan lebih alert.
5. memakai pakaian seragam dapat mengelakkan budak2 dari keluarga berada bergaya/menunjuk2 & budak2 miskin rasa "hiba". |
|
|
|
|
|
|
|
Semua nak bagi kelonggaran..kau jadi negara koboi jelah. No law no rules gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Decon replied at 22-2-2021 07:22 AM
pada hemat saya, murid2 mesti memakai seragam sebab:
1. persediaan ke sekolah sepatutnya telah dibu ...
Agree on these points, lebih2 lagi tentang keselamatan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun agak bersetuju lah dlm hal ni. tahun ni 2021, pakai pakaian biasa shj tapi sopan.
ekonomi pun x brp molek. mak ayah berhabis duit byk jga dh. hrp kerajaan blh pertimbangkan hal ni.
aku pun berhabis dkt rm100 jgk unt pakaian sekolah anak2 aku tiga org. aku ada la duit jgk......
bgmn parents yg x brp nk ada duit? |
|
|
|
|
|
|
|
t shirt putih & track suit je lah. tu je kelonggaran... kalau tak standardise kelonggaran tu ada la budak yang pakai baju mahal2 sbb ada mak bapak mampu, anak-anak yang mak bapak tak mampu? better semua pakai baju similar lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Stokin bebas jugak ke??? Ke masih itam? |
|
|
|
|
|
|
|
Decon replied at 22-2-2021 07:22 AM
pada hemat saya, murid2 mesti memakai seragam sebab:
1. persediaan ke sekolah sepatutnya telah dibu ...
Setuju..Yg memberi cadangan tu patut fikir cara lain utk bantu parents yg terjejas. Maybe boleh buka pusat wakaf baju sekolah utk sapa2 yg nak derma @ kumpulkan baju terpakai yg masih elok. Kerajaan pon bole bantu dgn cara e wallet utk golongan terjejas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Uniform sklh tu identiti tau. Bdk2 ni klau apa2 jd kt luar, klau ditnya ada yg x pndai nk ckp. Lg2 bdk tahap 1.Uniform tu la penyelamat. Org blh knal dr lencana. Terus blh contact sklh. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus.. Pasukan bola Liga Malaysia dah dikecualikan daripada sekatan merentas negeri dan daerah.. Harapnya sekatan merentas negeri dan daerah tanpa urusan penting (termasuk kecemasan) kali ini biarlah sehingga sifar kes aktif C19.. |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 22-2-2021 08:39 AM
Bagus.. Pasukan bola Liga Malaysia dah dikecualikan daripada sekatan merentas negeri dan daerah.. Ha ...
Salah benang ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Disember lepas aku dah beli 2 set uniform utk 3 anak2 aku utk sek ren, sek men & kafa. Kasut je blum beli. Aritu boy sulung aku pakai his dark olive pants nak pi exam ukkm & pksk. Ya ampun...speechless tgk seluar dah ketat mcm kpop. Aku syak boy aku sengaja amik saiz ngam2 masa fitting aritu padahal aku dah soh amik 1 size bigger. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 sekolah ni ada insurans, dgn syarat mesti pakai baju sekolah masa pegi & balik skola. Kalau tshirt pun mesti ada lambang sekolah. Kalau apa2 jadi semasa pegi/balik (nauzubillah), insurans cover. |
|
|
|
|
|
|
|
yup betui tu.. macam yang jadi kt adik aku.. excident masa nak pi sekolah.. nasib pkai uniform sekolah.. senang pihak hospital nak urus..
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dengan decon. Point 3,4 & 5
iol memang tak berapa suka tengok skolah kat US pun baju bebas. Lama- lama memang susah nak kawal kalau hidup tak ikut peraturan dan tertib. |
|
|
|
|
|
|
|
pembangkang ni kalo cakap mmg mudah,
esok2 apa jadi dgn budak2 sekolah diorang salahkan kerajaan memerintah,
diroag gelak kan je, |
|
|
|
|
|
|
|
234126 replied at 21-2-2021 06:39 PM
Setuju dengan decon. Point 3,4 & 5
iol memang tak berapa suka tengok skolah kat US pun baju beba ...
School uniform boleh jaga tatatertib dan adab?.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|