CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 0

[SABAH] Sabah Lancar Program Vaksinasi COVID-19 Pada 4 Mac

[Copy link]
Post time 23-2-2021 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Masidi Manjun berkata, semua rakyat Sabah akan menerima vaksin Covid-19, kecuali mereka yang dinasihati pihak berkuasa kesihatan seperti kanak-kanak dan ibu mengandung. (Gambar AP)


FMT

Willie Jude

KOTA KINABALU: Sabah akan melancarkan program vaksinasi Covid-19 peringkat negeri pada 4 Mac ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor akan menjadi individu pertama yang disuntik vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, ketua kerajaan antara penerima terawal vaksin itu, selain petugas barisan hadapan.

Setakat ini, beliau berkata, 109 pusat vaksinasi dikenal pasti akan terbabit dalam pemberian vaksin di seluruh Sabah.

“Jumlah pusat pemberian vaksin ini akan diteliti keperluannya dari semasa ke semasa oleh Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) peringkat daerah masing-masing.

“Vaksin berkenaan akan dihantar ke Sabah sebanyak tiga peringkat, dengan peringkat pertama akan tiba Khamis ini.

“Apa yang saya boleh katakan, semua rakyat Sabah akan menerima vaksin itu, kecuali mereka yang telah dinasihati pihak perubatan seperti kanak-kanak kecil dan ibu mengandung,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 di Sabah.

Terdahulu, Hajiji berkata, Sabah akan menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech Khamis ini.

Dalam kenyataan ringkas hari ini, katanya, beliau akan hadir ketika vaksin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

“Ia sebagai tanda yang amat penting dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini akan dapat dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kejayaannya.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051907 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list