CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 893|Reply: 0

[SARAWAK] Tertembak diri sendiri

[Copy link]
Post time 23-2-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
KANOWIT: Seorang lelaki maut dipercayai akibat tertembak dirinya sendiri ketika berburu bersama empat rakan di kawasan hutan Latong, Machan dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Tega Bilong berkata, mangsa, Patrick Nyanau, 30, disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Unit kecemasan Hospital Kanowit pada jam 11.15 malam.

"Terdahulu, mangsa bersama empat rakan telah masuk ke hutan di lokasi tersebut sekitar jam 8.00 malam.

"Setelah beberapa minit memasuki hutan, tiba-tiba pengadu bersama rakan yang lain terdengar bunyi letupan senjata api dari arah mangsa yang ketika itu berada di hadapan lebih kurang dalam jarak 10 meter.

"Rakan mangsa bersama pengadu dikatakan bergegas ke arah mangsa yang didapati berada dalam keadaan berlumuran darah dipercayai tertembak diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengadu, 30,  bersama rakan yang lain kemudian terus bergegas membawa mangsa menaiki sebuah kenderaan ke Hospital Kanowit.

Bagaimanapun, katanya mangsa disahkan meninggal oleh pihak hospital tidak lama kemudian.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja semasa berburu bersama empat rakannya," kata Tega lagi.

Katanya, semakan mendapati mangsa membawa senapang patah milik datuk pengadu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan," tambah beliau.

oleh Michael Ubam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.048099 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list