Terbaru, Fatin memuat naik foto OOTD bertemakan hitam putih sambil memakai face mask. Walaupun wajah tidak kelihatan dengan jelas, masih ada yang meninggalkan komen berunsur ‘lucah’.
Berikutan itu, Fatin memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap seorang pengikut yang menghantar gambar ‘siput sedut’ di ruangan private messagenya.
Di ruangan komen, peminat turut terhibur dengan tindakan Fatin Afeefa yang lantang menegur pengikut secara terbuka. Iya lah, mempamerkan alat sulit merupakan sejenis gangguan seksual yang perlu diambil serius. Macam-macam orang sekarang ini kan?
SUMBER : Fatin Afeefa