Bubur nasi merupakan makanan yang paling lazat sekali ketika musim hujan. Cuaca yang nyaman dan sejuk, dipadankan pula dengan bubur nasi tuna. Memang membuka selera.
Kami akan kongsikan resipi bubur ikan tuna yang lazat dan mudah disediakan.
Bahan diperlukan :
2 cawan beras bario (rendam seketika)
1/4 cawan ikan bilis
2 tin ikan tuna
1 kiub pati ikan bilis
8 cawan air
1 inci halia
Garam
Cara penyediaan :
Masak air dalam periuk nasi sehingga mendidih. Selepas mendidih, masukkan ikan bilis, halia dan beras bario masak sampai jadi bubur.
Kemudian masukkan Ikan Tuna serta bahan-bahan perasa seperti kiub pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
Masak hinga mendidih sebelum hidangkan dengan bawang hijau.