View: 3250|Reply: 29
|
Pandangan Yang di-Pertuan Agong, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat
[Copy link]
|
|
Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat
https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... asa-tempoh-darurat/
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
24 Februari 2021, 4:18 pm
Al Sultan Abdullah (tengah) ketika menerima menghadap Dr. Rais Yatim (kiri) dan Azhar Azizan (kanan) di Istana Negara tadi.
PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata,persidangan itu akan berkuatkuasa pada suatu tarikh difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Perkara itu termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.
“Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Negara tadi.
Terdahulu, Al Sultan Abdullah menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara. – K! ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
finally, tarik balik je darurat tu.. takde guna..
tetap menteri meeting mcm takde apa, siap ke indon lg atas urusan rasmi gituuu..
tp maybe sbb darurat ni ada yg boleh relax sikit, sempat potong usus eh senam sampai kurus.. hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Abahcow ijau dah gelabah tetek |
|
|
|
|
|
|
|
So apa point isytihar darurat ni in the first place? PM n PN patut kena saman sebab menyusah kan rakyat. Harap lingkup lah korang sbb menganiaya rakyat utk kepentingan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - YDP Agong
KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Katanya, Al-Sultan Abdullah bertitah tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Awat yang terhegeh mengadap ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
laju betul ph bagi respon
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa test? Sebab takde org reply ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Testis testis one two three |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 24-2-2021 06:21 PM
Kenapa test? Sebab takde org reply ke?
Database cari tengah hang kemain siksa nak reply ini semua salah dino apple |
|
|
|
|
|
|
|
Dia memang laju |
|
|
|
|
|
|
|
alamak.......baru plan nak buat bariatrik....nak kena bersidang la plak..... |
|
|
|
|
|
|
|
itu cariforum sudah hang, banyak problem. please beli server ada cop sirim
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang ptut bersidang pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Terserlah kebijaksanaan dan keprihatinan Tuanku
Daulat Tuanku |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dizekni at 24-2-2021 08:39 PM
Double post |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dizekni at 24-2-2021 08:38 PM
Double post |
|
|
|
|
|
|
| |
|