View: 1395|Reply: 12
|
Hukuman Perlu Dinaikkan Secara Progresif, Bukan Memufliskan Rakyat - Najib
[Copy link]
|
|
Kenaikan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak patut dipukul rata kerana bukan semua pelanggaran adalah kesalahan serius.
Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi kesalahan yang kurang serius melibatkan bilangan rakyat paling ramai yang mungkin berpunca daripada kesilapan tidak sengaja, hukumannya perlu kepada pengajaran dan perlu dinaikkan secara progresif.
Kredit foto G Najib
Bukan untuk memufliskan rakyat, katanya.
Menurut beliau, bagi kesalahan kurang serius, dendanya boleh dinaikkan secara progresif. Contohnya, kesalahan pertama sebanyak RM1,000 kesalahan kedua RM3,000, kali ketiga RM6,000, kali keempat dan seterusnya RM10,000.
Bekas perdana menteri itu berkata, kaedah hukuman progresif ini diguna pakai oleh beberapa negara lain dan diterima rakyat di sana sebab tiada sesiapa akan bersimpati kepada pesalah degil yang berulang-kali melanggar SOP.
”Tapi jika terus didenda RM10,000 bagi kesalahan pertama, ramai tidak akan berpuas hati,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Lagipun, tambah beliau, SOP juga patut konsisten dan tidak boleh sering flip-flop sehingga pegawai penguatkuasa dan rakyat pening kepala.
Selepas denda dinaikkan, kemarahan rakyat tentu turut naik mencanak jika berlakunya dwi-standard antara hukuman pada rakyat biasa dengan ahli politik.
”Ianya menjadi lagi parah bagi wakil rakyat sebab sebarang denda yang melebihi RM3,000 akan menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat,” ujarnya.
Sumber: MalaysiaGazette |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sesuailah dengan bajet i-Sinar, terima kasih abahcow ijau
Mahathir: pindahkan duit dari poket kiri ke poket kanan |
|
|
|
|
|
|
|
u win some, and u loose some....... |
|
|
|
|
|
|
|
rkyat msia ni...kalo marhain boleh la di ajar dgn denda duit...tp kalao vvvvvip tu...ada dia kisah rm10k ke 100k ke saman...suka hati dia je main langgar SOP
so hukum saman dan penjara je la selayaknya...kasi penuh itu penjara...kalau xnk penuh...buatlah khdmat masyarakat... |
|
|
|
|
|
|
|
Demi kemaslahatan ekonomi negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang..klu kau PM pun kau cari peluang nak kenakan rakyat jugak |
|
|
|
|
|
|
|
zidane_ziege replied at 26-2-2021 07:12 PM
Sembang..klu kau PM pun kau cari peluang nak kenakan rakyat jugak
Sampai giliran tak lama lagi rakyat akan kenakan puak puak ni plk ....usah mimpi nak terus berkuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bila dh takde psngkat dan kuas, bijaN mnjadi bijak sikit, isu saman 10k fan isu epf pun koperjuangkan, ko nk ambil hati rakyet ye suh sokom ko balik ye supaya ko n bini ko tk kena jail ye, pandai ko main ye jib |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 27-2-2021 08:21 AM
Sampai giliran tak lama lagi rakyat akan kenakan puak puak ni plk ....usah mimpi nak terus berkuas ...
Sebab tu diorg ni kena digilirkan..jgn lama2 sgt pegang kuasa..
Rakyat pun x payah la nk taksub sgt dgn pemimpin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tang rakyat laju nk saman, mai menteri trus kena tunggu arahan hakim lah apa lah. Tba2 polis xde kuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelah bossjibby tu siapa |
|
|
|
|
|
|
| |
|