Mudah Sahaja - Daftar Program Vaksinasi COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera
Pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh dibuat di aplikasi MySejahtera telefon pintar masing-masing bermula 23 Februari 2021.
Aplikasi MySejahtera merupakan langkah yang paling cepat untuk mendaftar tetapi pengguna perlu mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi 1.0.28 terlebih dahulu bagi meneruskan pendaftaran.
Selepas pengemaskinian dibuat, terdapat satu ruangan vaksin Covid-19 dan apabila ditekan pemohon diminta untuk mengesahkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
CARA DAFTAR PROSES VAKSIN MELALUI MYSEJAHTERA
Sila rujuk video ringkas di bawah.
Selepas mendaftar, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan memaklumkan anda dari masa ke semasa mengenai proses vaksinasi. Jika anda masih tidak sesuai atau tidak layak bagi mendapatkan vaksin, pihak mereka akan memaklumkan juga kepada anda dalam masa terdekat.
Kredit foto - Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin -Foto Bernama
Pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa berikut:
FASA 1
Februari sehingga April: Kepentingan untuk frontliners/ frontline personnel
FASA 2
April hingga Ogos: Untuk lebihan kakitangan perubatan dan hospital & golongan berisiko
FASA 3
Mei 2021 hingga Feb 2022: Untuk rakyat dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.
Pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera adalah satu daripada lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam negara.
Kredit foto - Hmetro
Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman. -CARI
|