View: 12219|Reply: 127
|
Keluarga Ahli Politik Bukan Frontliners, Kenapa Dapat Vaksin Dulu?
[Copy link]
|
|
Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) hari ini mempersoalkan mengapa ahli-ahli politik diberi keutamaan mendapat vaksin terlebih dahulu sedangkan sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa golongan yang diutamakan adalah barisan hadapan.
Presidennya, Datuk Jacob George berkata, isu ini ditanya kerana ia menjadi persoalan dalam kalangan khalayak yang mengikuti secara rapat program vaksinasi oleh kerajaan.
Berdasarkan protokol oleh kerajaan sebelum ini, golongan pertama yang perlu menerima vaksin adalah barisan hadapan, diikuti dengan warga emas dan fasa ketiga pula melibatkan orang ramai.
Malah, katanya, terdapat dakwaan yang legar-legar mendakwa ada keluarga ahli politik yang turut melanggar protokol penerima vaksin.
“Memandangkan perkara ini sudah diperkatakan oleh khalayak, maka Pejabat Perdana Menteri (PMO) diminta menjelaskan perkara ini,” katanya yang menghubungi MalaysiaGazette.
Beliau turut mempersoalkan siapakah yang memantau dan melakukan audit penerima-penerima vaksin ini di peringkat negeri.
”Adakah ia dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau siapa? Adakah petugas-petugas yang dipertanggungjawab memastikan program vaksinasi ini dilakukan secara telus mengikut protokol yang ditetapkan oleh kerajaan?
“Persoalan-persoalan ini perlu dijawab kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di luar negara, terjadi di sini,” tambah Jacob.
Beliau yang memandang berat isu ini menambah, memandangkan lebih banyak vaksin akan dibawa masuk ke dalam negara namun jika protokol tidak dipatuhi, matlamat utama program vaksinasi tidak tercapai.
Gambar hiasan
Sebaliknya, situasi ini menunjukkan ahli-ahli politik menyalahguna kuasa masing-masing dan melanggar protokol program vaksinasi.
“CASSA mahu perkara ini disiasat termasuk di Selangor. Adakah benar dakwaan negeri ini telah menyeleweng proses protokol vaksinasi untuk keluarga-keluarga ahli politik?
“Bagi kami, barisan hadapan sewajarnya didahulukan. Istilah barisan hadapan cukup jelas kerana pekerja pentadbiran hospital swasta bukan frontliners‘,
“Malah, isteri atau keluarga kepada ketua menteri dan menteri besar juga bukan frontliners.
“Frontliners adalah mereka yang mengendalikan kes-kes Covid-19 di hospital, oleh itu jangan menafikan hak mereka ini dengan melanggar protokol yang ditetapkan,” tegas beliau.
Sumber: MalaysiaGazette |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Denda laaa kan dorg langgar SOP.. Org2 ni la ptt jgn diundi masa PRU akan dtg.. Jenis selfish.. Rakyat letak plg hujung.. Voters pls take note |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah Gunenye
Darurat.. Ko pon, takkan tak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 1-3-2021 09:05 AM
Darurat.. Ko pon, takkan tak tau.
Tak tau ape? Xpaham kaka ayat ko tulis |
|
|
|
|
|
|
|
Esok2 Paham La
Keyword: darurat
Yang ko suroh rakyat perati depe tu tak berbaloi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jacob George ni harus sedar.. dia bangsawan layer ke berapa...sabar la Jacob George.. nanti hang dan keluarga hang pon mesti dapat vaksin jugak, pastu hang diam laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 1-3-2021 08:59 AM
Denda laaa kan dorg langgar SOP.. Org2 ni la ptt jgn diundi masa PRU akan dtg.. Jenis selfish.. Raky ...
Sedangkan SOP covid pun ada 2 darjat, apa la sgt dgn vaksin nie.. mesti ada yg guna kabel utk dpt yg terawal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amendeeee la diorg ni kan
Org dah buat senarai nama tu sejak sebulan lalu...
Skrg baru nak gelupur |
|
|
|
|
|
|
|
sakitnya hati baca yg kata nya mmg ada yg potong queue padahal bukan frontliners. perangai haukkkk ya spesis ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 1-3-2021 09:18 AM
Sedangkan SOP covid pun ada 2 darjat, apa la sgt dgn vaksin nie.. mesti ada yg guna kabel utk dpt ...
Tapi ramai lg percaya abahcow ni. Huhu, xpela asalkn islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Shah Alam & Subang dlm Selangor. So sapa keluarga ahli politik yg potong queue tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kami marhaen menuntut nama nama ahli politik yg potong line ini didedahkan segera.senamg kami hukum kamu pru nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ahli politik dan familynya tu....x patut rakyat mengundi beliau...ni bukan rakyat didahulukan...
Semua pentingkan diri dan keturunan sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Susah apa. Family ahli politik bengap. Ampa tggu ja golongan camtu selalu xkan lupa up dlm medsoc utk show off |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan sultan selangor pun bg peluang dekat frontliners.Tak malu betul politicians Malaysia.
Adakah k.long gigi jgk terlibat? |
|
|
|
|
|
|
|
SepupuBen10 replied at 1-3-2021 09:22 AM
Amendeeee la diorg ni kan
Org dah buat senarai nama tu sejak sebulan lalu...
Byk je hosp last minit br kumpul nama.. Sistem pick ni mmg xteratur sbb tu blh ada yang potong queue |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 1-3-2021 09:18 AM
Sedangkan SOP covid pun ada 2 darjat, apa la sgt dgn vaksin nie.. mesti ada yg guna kabel utk dpt ...
Ye benar.. Kita bkn terawal pon dpt vaksin.. Tp masih caca merba process distribusi.. Bygkn klu yg awal2. Lg teruk rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 1-3-2021 09:11 AM
Keyword: darurat
Yang ko suroh rakyat perati depe tu tak berbaloi..
So ape kaitan dgn potong queue??? |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 1-3-2021 09:58 AM
Byk je hosp last minit br kumpul nama.. Sistem pick ni mmg xteratur sbb tu blh ada yang potong que ...
Yg last minit nama pun belum ada tu, nampak sangat tak pernah scan qr code my sejahtera tiap kali masuk keje kat hosp... |
|
|
|
|
|
|
|
Frontliners adalah org yang tak pakai ppe tapi berurusan juga dgn public. Kalo dah lengkap pakai ppe tu dah takde risiko dah. Apsal nak cucuk awal? Mengada? Feeling entitled? |
|
|
|
|
|
|
| |
|