View: 2314|Reply: 10
|
Guna Muzik Tanpa Kebenaran, Taylor Swift Saman Taman Tema
[Copy link]
|
|
Penyanyi Taylor Swift, 32, memfailkan saman terhadap Evermore Theme Park atas tuduhan menggunakan muziknya tanpa kebenaran.
Menerusi saman itu, taman tema terbabit dilaporkan tidak mempedulikan notis daripada pengurusan hakcipta muzik, BMI, sebaliknya terus menggunakan lagu Swift secara percuma.
Selain itu, taman tema terbabit mengabaikan amaran berkenaan meskipun tahu mereka boleh dikenakan penaliti mengikut Akta Hakcipta yang ditetapkan untuk melindungi hak artis itu.
Foto: IG
Pengurusan Swift juga mendapati taman tema itu memasang lagunya tanpa pemilikan perlesenan yang sah. Bukan setakat Swift, lagu-lagu Katy Perry, Abba, The Beatles, Billy Joel, Britney Spears, Journey, Queen, Weezer, Whitney Houston, dan ramai lagi dimainkan tanpa kebenaran.
Pihak guamannya kini mendesak untuk membicarakan kes terbabit. Mereka berjanji untuk berjuang keras memastikan hakciptanya dilindungi daripada tindakan dilarang itu.
Saman itu difailkan susulan daripada tindakan taman tema terbabit menyaman Swift kerana menggunakan judul evermore untuk album baharunya. Saman terbabit dibuat terhadapnya lebih tiga minggu lalu.
Menurut Evermore Theme Park, penyanyi terbabit menyebabkan kekeliruan jenama kepada klien mereka. Tidak ketinggalan, dia dikatakan melanggar undang-undang daripada segi pemasaran dan barangan cenderahati. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
ko nak saman acik taylor sebabkan kekeliruan jenama tapi ko jugak gegeh hadap pasang lagu taytay? ko sendiri yang mengelirukan jenama ko khens lepas tu syok sendiri nak saman orang bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
ko hengat evermore tu acik taylor jah yang pakai? berlambak lagi lagu band bubuh nama evermore ada timbul ke isu kekeliruan jenama? |
|
|
|
|
|
|
|
dah memang theme park ko tu sendu pakai la jenama apa pon tetap sendu khenss? bila acik taylor pakai evermore meletop letop terus kau menggelabah tetek nak menyelit sekali kaut untung khens? |
|
|
|
|
|
|
|
Saman sebab guna nama evermore?
Ni ala2 kes dkt malaysia guna nama
‘harimau melalak’ tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalah kena counter sue dgan taytay. Harap katy perry pun saman jugak theme park tu |
|
|
|
|
|
|
|
Go tay tay. Jgn lagi bagi org lain peluang nak tindas chuolsss |
|
|
|
|
|
|
|
aku x suka minah nih,
tapi aku suka dengar album folklore and evermore... |
|
|
|
|
|
|
|
ko sendiri yang mengelirukan jenama ko khens lepas tu syok sendiri nak saman orang bagai? ko nak saman acik taylor sebabkan kekeliruan jenama tapi ko jugak gegeh hadap pasang lagu taytay? |
|
|
|
|
|
|
|
JeneC: ko sendiri yang mengelirukan jenama ko khens lepas tu syok sendiri nak saman orang bagai? ko nak saman acik taylor sebabkan kekeliruan jenama tapi ko ...
Lol. Evermore yg ditrademark ialah logo font evermore bukan nama atau perkataan tu. Harap park tu kalah. Hehe iols suka taytek
|
|
|
|
|
|
|
| |
|